Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memecat naib presidennya Datuk Abidin Madingkir berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa terbabit bersama bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih kerajaan negeri.
Menurut kenyataan parti itu di sini hari ini, keputusan memecat Abidin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam.
"Abidin antara sekumpulan ADUN yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam," menurut kenyataan itu.
Abidin hadir pada sidang media khas Rabu lepas di mana Musa mendakwa telah memperolehi majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan baharu dan menumpaskan kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Semalam, Mohd Shafie, yang juga Presiden Warisan, mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020

Abidin antara sekumpulan ADUN yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri. - Foto Facebook Abidin Madingkir

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

UPKO pecat Abidin sokong Musa Aman
Keputusan memecat Abidin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam.

22 Pemuda UPKO Ranau keluar parti hari ini
Keputusan dibuat antaranya kerana, anggota berkenaan, yang rata-rata ahli jawatankuasa Pemuda UPKO bahagian itu, hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

Shafie Apdal gesa Musa Aman letak jawatan
Perkembangan situasi politik di negeri Sabah pasca PRU14 dilihat semakin menarik selepas Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa KM Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk meletak jawatan.