Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan 'tahap kesamarataan' di arena politik negara.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) itu akan membantu mengawal dan menyelaras perbelanjaan politik bukan sahaja parti di bawah Barisan Nasional, malah semua parti politik yang ada.
"Di peringkat kita, UMNO mengalu-alukan tetapi tidak boleh terburu-buru kerana apa yang disebut oleh (Pengerusi JKNMPP) Datuk Paul Low Seng Kuan itu perkara yang akan dibawa kepada jemaah menteri.
"Setelah ia dipertimbang dan sekiranya perlu dikanunkan sebagai sebuah akta, ia akan dibawa ke Parlimen.
Barulah kita berada dalam satu 'level playing field'," katanya selepas mempengerusikan mensyuarat bersama setiausaha penerangan UMNO negeri di sini hari ini.
Annuar menggesa parti pembangkang untuk sama-sama bersetuju bagi mengadakan undang-undang yang lebih telus mengenai perkara berkenaan.
Annuar, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata cadangan itu perlu dilihat secara objektif ke arah meningkatkan kematangan dan kelangsungan demokrasi berparliman yang diamalkan di Malaysia.
Jumaat lepas, JKNMPP menggariskan 32 cadangan termasuk memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk penambahbaikan soal integriti dan pembiayaan politik.
Dalam pada itu, UMNO membayangkan akan wujud satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tiada yang mustahil dalam politik. Mana tahu tengok-tengok PAS akan bekerjasama dengan BN," katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui parti yang baru ditubuhkannya kini bersama pembangkang, dan tidak mustahil bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan BN.
Annuar seterusnya menegaskan bahawa tidak seperti pakatan pembangkang, BN merupakan entiti politik yang stabil dari segi dasar dan asas kerjasama.
Beliau berkata UMNO akan membantu rakan sekutunya dalam BN untuk meningkatkan tahap sokongan dalam kalangan pengundi.
Menyentuh persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau berkata bantahan di pihak UMNO akan dibuat dalam konteks undang-undang tanpa perlu melakukan sebarang demonstrasi.
Dalam pada itu, beliau berkata UMNO tiada sebarang kaitan dengan Himpunan Baju Merah yang menentang cadangan penganjuran Bersih 5, dan ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti itu. - Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2016

Annuar menggesa parti pembangkang untuk sama-sama bersetuju bagi mengadakan undang-undang yang lebih telus mengenai perkara berkenaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.

SPRM gesa wujud akta dana politik, jamin integriti ahli politik
Azam Baki berkata, akta tersebut diperlukan bagi mengelakkan timbulya isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan selain menjamin integriti dalam kalangan ahli politik.

LPPR amal prinsip semak dan imbang, telus banteras rasuah
SPRM ingin melihat perubahan terhadap suasana rasuah dalam negara dan menegaskan supaya pemimpin meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Jika mahu bergerak bebas, SPRM perlu nampak bebas - Azam
Usaha membebaskan badan pencegah rasuah itu daripada pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan politik.

TI-M cadang perkenalkan Akta Dana Politik bagi kurangkan rasuah politik
Transparency International -Malaysia (TI-M) mencadangkan memperkenalkan akta baharu iaitu Akta Dana Politik.