KUALA LUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) akan terus berfungsi sebagai mekanisme dalam menentukan semak dan imbang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, LPPR memiliki kebebasan dalam memberikan pandangan, sekali gus bertindak menasihatkan SPRM dalam menangani isu rasuah negara.
“LPPR amat penting untuk menasihat, malah bebas memberikan pandangan dan terbuka mengenai apa yang sepatutnya dilakukan oleh SPRM.
“SPRM juga mempunyai badan dalam menentukan semak dan imbang, tidak boleh membuat sesuatu mengikut kehendak masing-masing atau pihak tertentu sahaja termasuk menasihatkan tentang masalah rasuah di Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
LPPR adalah antara lima panel pemantau bebas SPRM diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang dalam profesion masing-masing.
Dalam pada itu, beliau menambah, pihaknya akan terus memerangi rasuah meskipun berdepan pelbagai cabaran dan mengingatkan ahli politik supaya tidak menyalahgunakan kuasa.
“Sepanjang saya memegang jawatan ini dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang, memerangi rasuah amat penting kerana keadaan itu berubah dari semasa ke semasa. Dengan kecanggihan teknologi, kita perlu memberi penerangan dan penjelasan kepada semua pihak termasuk di peringkat sekolah, universiti dan sebagainya.
“Hari ini berlakunya rasuah dan salah guna kuasa yang amat ketara, kita tidak boleh pilih kasih dan sekiranya ada bukti, sesiapa pun boleh diambil tindakan. Saya ingin tegaskan bahawa SPRM ialah sebuah badan bebas dan berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana pihak.
“Kita sebagai pemimpin, ahli politik dan rakyat, jangan ambil peluang salah guna kuasa, SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan. Kita telah mendakwa ramai orang termasuk ahli politik, kita tidak siasat secara semberono. Pendakwaan sesuatu kes juga perlu kukuh sehingga tahap 90 peratus, barulah tindakan akan diambil,” katanya.
Mengulas lanjut, kata beliau, kerajaan perlu mewujudkan satu akta bagi mengurangkan kesukaran ketika menjalankan siasatan dan mengelakkan berlakunya rasuah di pelbagai peringkat.
“Kita telah membuat kajian secara terperinci, sewajarnya Akta Dana Politik diwujudkan dan sekiranya dibiarkan (penerima rasuah) akan menyusahkan siasatan untuk dilakukan kerana kemungkinan akan menerima bantuan daripada pihak tidak sepatutnya.
“Saya secara peribadi masih hairan mengapa Akta Dana Politik ini masih lagi belum diadakan dan menyeru kerajaan baharu untuk segera mewujudkannya bagi mengelakkan rasuah daripada berlaku,” katanya.
Ujarnya lagi, pihaknya turut memandang serius isu-isu berkaitan kartel dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.
Sementara itu, Abu Zahar berpandangan, SPRM ingin melihat perubahan terhadap suasana rasuah dalam negara dan menegaskan supaya pemimpin meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan pada ketika ini.
“Dalam suasana pandemik ini, sama ada pembangkang mahupun kerajaan, berilah tumpuan kepada kepentingan rakyat dalam mendepani COVID-19, kurangkan berpolitik. Rakyat sedang menderita.
“Saya juga menyokong dan bersedia akan apa sahaja yang patut dilakukan demi rakyat dan negara pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Ehsan A Marisah
Mon Sep 13 2021

Abu Zahar berkata, LPPR memiliki kebebasan dalam memberikan pandangan, sekali gus bertindak menasihatkan SPRM dalam menangani isu rasuah negara. - Gambar fail

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh atas faktor kesihatan - SPRM
Menurut sumber, kesihatan Ahli Parlimen Bera itu berada pada tahap rendah dan beliau juga memiliki sijil cuti sakit.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.