Mana-mana ahli UMNO yang tertarik dengan fitnah golongan kecewa dengan parti diminta segera membuat keputusan meninggalkan organisasi keramat orang Melayu itu.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sehingga kini masih ada ahli atau kepimpinan yang bertindak menjadi gunting dalam lipatan kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO selama ini.
"Kita bimbang kewujudan mereka akan merosakkan parti daripada dalam dan pada masa yang sama merencatkan usaha menyatukan semua bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Kita juga mohon pihak pengurusan parti segera menyiasat dan membuat keputusan terhadap aduan-aduan pengkhianatan dan tindakan sabotaj ahli-ahli UMNO di peringkat bahagian.
"Kita percaya tindakan 'penyucian ini perlu dilakukan segera bagi mempersiap parti menjelang PRU. Pada dasarnya, parti memerlukan jentera yang setia dalam menakhoda cabaran PRU ke-14 nanti," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata, mana-mana anggota UMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti.
Tegas Mohd Johari, sekiranya anggota terbabit kekal dalam UMNO, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.
Dalam pada itu jelas Shaiful, salah satu punca yang dikenal pasti ialah sabotaj dalaman di dalam parti.
"Lantaran itu berdasarkan pengalaman lalu, saranan Johari agar ahli yang menyokong Mukhriz dan parti Bersatu segera mengistiharkan keluar UMNO benar-benar tepat dan kena pada masanya.
"Ia membolehkan UMNO menghadapi golongan ini secara 'gentleman' dalam gelanggang politik dan tidaklah pula kumpulan berkenaan menjadi spesis anai-anai yang akhirnya memusnah dan mereputkan parti dari dalam.
"Konsepnya mudah, keluar sahaja parti kalau dalam hati mana-mana ahli UMNO masih ada bayangan Mukhriz," katanya.
Pada Isnin, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan melahirkan keyakinan UMNO tidak mudah tergugat dengan kemunculan parti Bersatu yang disifatkannya cubaan untuk menggugat kestabilan politik negara.
Sebelum ini, Shaiful berkata parti Bersatu yang ditubuhkan golongan kecewa dan serpihan UMNO bukanlah sebuah organisasi yang bersandarkan kepada perjuangan namun lebih untuk menyemai rasa benci dan dendam peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegasnya, asas penubuhan parti itu juga tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat yang dahagakan agenda pembelaan tetapi sekadar menguntungkan segelintir kumpulan semata-mata.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 15 2016
SHAIFUL HAZIZY: 'Tolong keluar UMNO kalau dalam hati ada Mukhriz' - Gambar fail
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
Amal politik wang, kerajaan sekarang sama dengan kerajaan Najib - Dr Mahathir
Dr Mahathir sifatkan kerajaan Perikatan Nasional dipimpin Muhyiddin Yassin sama dengan kerajaan yang dipimpin Najib Razak sebelum ini.
Mukhriz pernah calonkan 20 jemaah haji menerusi tajaan 1MDB - Jailani
Datuk Seri Mukhriz pernah mencalonkan 20 jemaah haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Jengerusi Jawatankuasa Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah.
'Tun M, apa pilihan yang PPBM ada?' - Shamsul Anuar
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa melalui masa depan gelap bersama Pakatan Harapan walaupun lari dari asas sebenar penubuhan PPBM.
'Mukhriz gila talak dengan UMNO' - Shaiful Hazizy
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan sedang dilanda sindrom gila talak apabila berterusan mengambil peduli isu dalaman UMNO.
Adakah Muhyiddin, Mukhriz sokong Syed Saddiq? - Shaiful Hazizy
Pemuda UMNO Kedah mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyokong surat terbuka Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
'Muhyiddin gagal dalam perang psikologi politik' - Pemuda UMNO Kedah
Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal dalam perang psikologi apabila cuba memujuk diri sendiri dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Mukhriz dicabar dedah ahli UMNO mahu sertai PPBM
Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar mendedahkan mana-mana ahli UMNO yang berjawatan yang mahu menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
'Tolong keluar UMNO kalau dalam hati ada Mukhriz'
Mana-mana ahli UMNO yang tertarik dengan fitnah golongan kecewa dengan parti diminta segera membuat keputusan meninggalkan organisasi keramat orang Melayu itu.
'Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz penyelesaian masalah UMNO' - Bastien
Pemecatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan penyelesaian masalah yang membelenggu parti selama hampir dua tahun.
Mukhriz dicabar tubuh parti dan bertanding di Kedah
Pemuda UMNO Kedah mencabar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menubuhkan sebuah parti baru dan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di atas populariti sendiri tanpa bantuan jentera UMNO dan BN.