Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar mendedahkan mana-mana ahli UMNO yang berjawatan yang mahu menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Naib Presiden PPBM itu juga diminta berhenti bermain politik tarik tali berhubung isu berkenaan.
Jelas Shaiful, secara realitinya Mukhriz harus sedar bahawa PPBM masih lagi tercari-cari rentak dan gagal menyakinkan rakyat untuk menyertai mereka.
"Kita cabar Mukhriz untuk mendedahkan siapa ahli UMNO yang berjawatan yang telah atau akan menyertai PPBM.
"Kita minta Mukhriz tidak berteka-teki atau bermain politik tarik tali apabila menyatakan bahawa ada ahli UMNO yang berjawatan telah menyatakan kesediaan untuk menyertai PPBM tetapi hanya di dalam diam dan rahsia.
"Kita anggap kenyataan ini tidak matang dan ia tidak perlu diambil serius," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mahu bertanding di Kedah dan bukannya di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mukhriz juga dikatakan akan membawa parti itu ke Kedah dan bertanding di situ.
Mukhriz merupakan ADUN Ayer Hitam dan telah memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada 2008.
Kata Mukhriz, PPBM mendapat sambutan menggalakan apabila penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.
Malah menurutnya, terdapat juga ahli UMNO yang menyerahkan borang bagi menyertai PPBM.
Dalam pada itu jelas Shaiful, UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri disifatkan sedikit pun tidak terusik dengan ancaman Mukhriz atau PPBM.
"Kita ada urusan sendiri yang perlu diberi tumpuan iaitu gerakan mendaftarkan pengundi dan pengurusan parti yang lain.
"Mengenai kerusi yang ingin ditandingi Mukhriz, itu adalah haknya dan kita percaya rakyat serta ahli parti boleh menilai kemampuan dan keupayaannya," jelasnya.
Shaiful turut meminta semua kepimpinan UMNO serta BN negeri untuk terus menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas yang diamanahkan pucuk pimpinan parti.
"Kita tidak perlu takut sekadar digertak dengan keahlian PPBM yang kononya bersifat rahsia.
"Apa yang perlu dibuat adalah yakin dan tumpukan perhatian pada tugasan dan tanggungjawab memberi khidmat kepada rakyat dan ahli parti," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Sep 26 2016
SHAIFUL: Kita cabar Mukhriz untuk mendedahkan siapa ahli UMNO yang berjawatan yang telah atau akan menyertai PPBM.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.
Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin
Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PM.
PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada Speaker, Lau Weng San pada Jumaat.
Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin yakin bahawa beliau masih Ahli Parlimen Bukit Gantang kerana beliau bukan berhenti, sebaliknya dipecat oleh Bersatu.
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.