NIBONG TEBAL: Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu telah dibuat sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik parti berkenaan.
"Kita dah mula menggerakkan jentera bagi peringkat awal dan kerja-kerja lain akan menyusul termasuk mengenal pasti calon paling sesuai yang akan kita letakkan daripada Bersatu," katanya kepada pemberita selepas program minum petang bersama masyarakat di kawasan Taman Puteri Gunong, Simpang Ampat di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.
Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.
Mengulas mengenai bekas Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengulangi pendirian bahawa beliau sudah 'pencen' daripada politik, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata parti menghormati keputusan itu.
Mustapa dalam kenyataan hari ini berkata beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam Bersatu pada 30 Sept 2023 serta kekal dengan keputusannya untuk bersara daripada politik setelah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Muhyiddin berkata keputusan itu telah dibuat sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik parti berkenaan. - Gambar Bernama

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

'Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat menghina institusi Raja di negara ini' - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil untuk menegaskan beliau sama sekali tidak berniat untuk menghina institusi raja.

PRK Nenggiri: 'Pas rasa mereka terlalu kuat' - Penganalisis
Kemenangan BN akan menyuntik semangat pemimpin dan akar umbi gabungan itu menjelang PAU dan PRK DUN Mahkota akan datang.

PRK Nenggiri: Kemenangan BN bukti usaha, ikhtiar Kerajaan Perpaduan diterima rakyat
PRK DUN Nenggiri yang memihak kepada BN membuktikan usaha dan ikhtiar Kerajaan Perpaduan mula diterima rakyat.

PRK Nenggiri: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Cuaca di kesemua pusat mengundi cerah pagi ini dan dijangka berterusan sehingga kesemua lokasi ditutup secara berperingkat petang ini.

Mahkamah sekali lagi tolak permohonan Mohd Azizi hentikan PRK DUN Nenggiri
Bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim hari ini gagal buat kali kedua untuk menghentikan SPR daripada mengadakan PRK DUN Nenggiri.
![[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri? [KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722657788_tbstatebyelection.jpg)
[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?
Jentera yang menyokong dan membantu mereka berdua ini ternyata aktif di semua 20 daerah mengundi.

Kerajaan peruntukkan hampir RM3 juta untuk pembangunan Orang Asli DUN Nenggiri
Kerajaan memperuntukkan hampir RM3 juta meliputi pembangunan ekonomi dan infrastruktur sosial kepada masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada tahun ini.

Pertembungan satu lawan satu di PRK Nenggiri
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara Pas, Mohd Rizwadi Ismail.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.