KOTA BHARU: Sumpah mubahalah bagi tujuan membuktikan sesuatu boleh memakan diri sendiri, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, seperti yang diperjelaskan oleh mufti-mufti negeri, sumpah mubahalah tiada dalam konteks pembuktian.
"Kesan daripada sumpah mubahalah itu kita tak tahulah, cuma seperti yang disebut oleh mufti-mufti, sumpah mubahalah ini tak ada sebenarnya. Mufti pun dah sebut, tapi apabila orang buat, kita nak kata macam mana?
"Dalam Islam, ulama pun pesan supaya kita jangan mudah bersumpah, kalau tak kena gaya, boleh makan diri. Jadi, sebab itu kena hati-hati kalau kita nak bersumpah.
"Sebab itu, bacalah dalam tulisan-tulisan pandangan ulama, mereka tidak menggalakkan kita bersumpah. Sebab sumpah ini (boleh) memakan diri.
"Mungkin bukan hari ini, tapi suatu masa (nanti) kita tak tahu. Sebab, banyak sejarah dan kejadian sebelum ini. Ada yang dimakan sumpah. Sebab itu kena berhati-hati," katanya.
Mohd Amar berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Wisma Darulnaim, di sini, semalam, ketika diminta pandangannya berhubung sumpah mubahalah.
Katanya, kesan yang mungkin timbul akibat daripada melafazkan sumpah mubahalah itu tidak diketahui dengan sebenarnya kerana ia merupakan takdir Allah.
Namun, beliau meminta agar semua pihak berhati-hati dengan perbuatan sumpah itu.
Minggu lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru dengan membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid menjelang prosiding rayuan akhir kes beliau di Mahkamah Persekutuan.
Dalam lafaz sumpahnya, Najib antara lain mengulangi penafian beliau terbabit dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Sementara itu Mohd Amar turut memaklumkan, sudah menjadi amalan Pas dalam pemilihan calon pilihan raya dengan mengetengahkan 30 peratus muka baru.
Walaupun Pas tidak menetapkan kuota 30 peratus calon wanita atau pemuda, namun kebiasaanya calon baru itu terdiri dari Muslimat dan juga Pemuda yang berpotensi menang dan diterima pengundi di satu-satu kawasan.
Tambahnya, Pas juga sedang menjalankan kajian berhubung 'mood' pengundi dan ahli-ahli Pas tentang pencalonan.
"Baru-baru ini kita buat apa yang kita panggil kajian awal pilihan raya. Iaitu, kita minta pandangan daripada cawangan-cawangan di seluruh negeri, siapa orang yang mereka rasa sesuai untuk dicalonkan?
"Selepas itu, kita akan proses yang lain pula. Proses kajian itu biasanya kita buat sampai dua atau tiga kali, sebelum kita putuskan siapa yang patut jadi calon," katanya.
Wanna Abd Rahim
Mon Aug 29 2022
![Sumpah mubahalah boleh 'memakan diri' - Mohd Amar Sumpah mubahalah boleh 'memakan diri' - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652344635_MohdAmarNikAbdull.jpg)
MOHD AMAR: Ulama pun pesan supaya kita jangan mudah bersumpah, kalau tak kena gaya, boleh makan diri, sebab itu kena hati-hati kalau kita nak bersumpah. - Gambar fail
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721207510_TLDM.jpg)
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025 Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721207496_vietnamlebuhraya.jpg)
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
![Sumpah mubahalah boleh 'memakan diri' - Mohd Amar Sumpah mubahalah boleh 'memakan diri' - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652344635_MohdAmarNikAbdull.jpg)
Sumpah mubahalah boleh 'memakan diri' - Mohd Amar
Katanya, seperti yang diperjelaskan oleh mufti-mufti negeri, sumpah mubahalah tiada dalam konteks pembuktian.
![Kes SRC: Najib lafaz sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru Kes SRC: Najib lafaz sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661094684_TBNAJIBSUMPAH.jpg)
Kes SRC: Najib lafaz sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di sini pada malam Ahad.