Pas Perak berpendirian lebih bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan pakatan parti yang dominan di negeri itu, dengan persetujuan perlu mengikut syarat ditetapkan parti itu.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Pas bersedia membentuk kerajaan dengan mana-mana pakatan parti yang bersetuju untuk lebih memberikan manfaat dan keuntungan kepada Islam dalam pentadbiran mereka.
Menurutnya, sehingga kini, masih tiada sebarang perbincangan dibuat Pas Perak bersama mana-mana pakatan parti, sama ada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional (BN), untuk membentuk kerajaan campuran sebagaimana disarankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Setelah memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pas parti minoriti mewakili blok ketiga dan bersedia menjadi kingmaker yang boleh bekerjasama dengan sesiapa yang untungkan Islam.
“Kita lebih bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran seperti di Selangor sebelum ini, apabila Pas berada dalam kerajaan negeri itu namun tidak berpakat dan mempunyai konsensus dengan Harapan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Razman berkata, Pas sebagai blok ketiga lebih selesa mengekalkan sikap berkecuali dan bersetuju dengan usaha menyelamatkan negara secara pendekatan Islam.
Menurutnya, Pas juga turut bersetuju dengan keutamaan kepada usaha menyegerakan pelantikan kepimpinan negara sebagaimana dinyatakan dalam hadis nabi.
“Dalam keadaan sekarang, paling penting adalah untuk menyelamatkan negara dan membentuk kerajaan campuran di Perak dengan bersama dengan mana-mana pihak yang bersetuju syarat Pas.
“Pas akan bersikap tunggu dan lihat,” katanya.
Mengenai pencapaian Pas di Perak pada PRU14, Razman mengakui pihaknya menjangkakan sepatutnya lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen yang mampu dimenangi Pas.
Beliau yang memenangi kerusi DUN Gunong Semanggol berkata, sepatutnya tujuh kerusi DUN di daerah Kerian melibatkan Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai mampu menjadi milik Pas.
“Bagi kerusi DUN Selama dan Kubu Gajah, kedua-dua kerusi itu sememangnya termasuk dalam dua kerusi DUN sasaran kita.
“Namun, apabila hampir semua kerusi DUN di Kerian kalah, jadi pelik dan Pas benar-benar terkejut dengan minda keputusan pengundi Melayu.
“Pas menyedari berlaku gelombang menurunkan UMNO dan BN, namun tidak sangka pengundi Melayu akan bersama Harapan,” katanya.
Sinar Harian
Thu May 10 2018
Razman (tengah) berkata, Pas Perak lebih bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran seperti di Selangor sebelum ini. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.