Konsep politik sebagai 'The Art of Possibilities' memungkinkan sejarah 40 tahun lalu berulang, iaitu kemasukan PAS dalam Barisan Nasional, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mahdzir Khalid.
Malah beliau berkata, kecenderungan ke arah itu dapat dilihat sekarang melalui pertemuan dua pemimpin utama parti itu melalui Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.
"Anything can happen (apapun boleh berlaku), politik memang macam itu, malah pada 1974 PAS masuk Barisan Nasional masa arwah Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri kedua).
"Kalau tengok apa berlaku hari ini, kecenderungan menuju ke situ, tapi tak tahu macam mana nak jadi," katanya.
"Dalam negara berbilang kaum, dalam pembentukan negara bangsa yang maju, perpaduan adalah nombor satu," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 230 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi, di sini hari ini.
DAP, kata beliau, dilihat sudah pasti akan 'panas punggung' dengan kerjasama baharu UMNO dan PAS dan akan memberikan pelbagai alasan, jelas memperlihatkan penolakan parti itu kepada konsep perpaduan.
Malah menurutnya, DAP secara terang-terangan dilihat sudah tidak berminat untuk bekerjasama dengan PAS dan ia terbukti apabila PAS 'ditendang' keluar dari Pakatan Rakyat baru-baru ini di Pulau Pinang.
"Kemudian DAP tukar kepada Pakatan Harapan dan bawa Parti Amanah Negara (PAN) masuk dengan harapan PAN boleh ganti PAS, sebenarnya kita sudah Nampak dari awal lagi DAP tidak berminat pada perpaduan," katanya.
Mengenai isu yuran, beliau berkata yuran pendidikan untuk sekolah menengah dan sekolah rendah yang telah dimansuhkan sejak 2012 adalah kekal sehingga kini.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak masuk campur mengenai yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru memandangkan ia tertakluk pada sekolah dan PIBG itu sendiri.
Bernama
Sat Dec 19 2015
MAHDZIR: Kalau tengok apa berlaku hari ini, kecenderungan menuju ke situ, tapi tak tahu macam mana nak jadi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.