ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wujud kumpulan yang digelarnya sebagai 'Napoleon Kecil' dalam kalangan pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Menurut beliau, kumpulan ini berperanan sebagai pihak yang menguruskan beberapa perkara dan keputusan kecil melibatkan PMO selain menonjolkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, dakwanya 'Napoleon Kecil' ini telah mewujudkan sistem pecah dan perintah terutama membabitkan hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan selain menampakkan 'keburukan' individu tidak disukai mereka.
Tindakan itu menurut Sanusi akan mewujudkan perbalahan berpanjangan sekali gus merenggangkan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan terutamanya melibatkan Kedah.
"Saya nampak di dalam pentadbiran Perdana Menteri ada 'Little Napoleon', (itu) saya nampak, minta maaf kalau tidak betul, Little Napoleon ini akan timbulkan perpecahan (selain sentiasa) merancang untuk (wujudkan) perbalahan (antara saya dan Perdana Menteri).
"Niat (mereka) bagus hendak up (naikkan imej) 'boss' dia, tapi itu kadang-kadang boleh cetuskan beberapa perkara tidak diingini.
"(Contohnya) saya beberapa kali (dipalitkan dengan isu terutama) undangan (menghadiri) Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA2023'), Mesyuarat Kewangan Negara, (dan) majlis jamuan hari raya, itu semua itu kerja 'Little Napoleon', saya ikhlas bercakap (berhubung isu ini) dan harap Perdana Menteri dengar suara saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Menteri Besar Kedah di Seri Mentalon, Alor Setar.
Dalam pada itu, Sanusi turut menyatakan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri namun tindakan kumpulan berkenaan yang turut digelar 'Syaitan Kecil' untuk memusuhinya, menampakkan beliau adalah tidak mesra kepada kerajaan Pusat ketika ini.
Persepsi yang cuba dibawa itu jelasnya tidak lain tidak bukan adalah sebagai bahan kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan sekitar bulan Jun atau Julai tahun ini.
Sementara itu, Muhammad Sanusi menyambut baik ura-ura yang mengatakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal menjadi calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut beliau, ketokohan yang ada kepada Shahidan terutama pengalaman sebagai Menteri Persekutuan mampu menjadi nilai tambah yang boleh menjadi penawaran kepada pengundi.
"Saya dengar dia nak pergi (bertanding di) Selangor, saya dengar (sahaja) bukan 'confirm', (apa yang) saya dengar (adalah PRN nanti beliau akan bertanding) di Selangor.
"(Ia akan menjadikan PN lebih) kuat khususnya di Selangor, di Kedah ini ada tidak bertambah, tiada tidak berkurang, saya rasa di Selangor orang macam dia diperlukan.
"Ini kerana (beliau) ada pengalaman jadi Menteri Wilayah, saya alukan kalau beliau sedia tanding PRN, seronok juga ada tokoh veteran macam beliau," katanya.
Abd Hadi Che Awang
Thu Apr 27 2023
Muhammad Sanusi melayan tetamu di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Menteri Besar Kedah di Seri Mentalon, Alor Setar. - Gambar/ UPDA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.
Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Hujan lebat, air pasang besar faktor banjir di Kedah
Faktor hujan lebat disertai fenomena air pasang besar yang berlarutan selama beberapa hari dipercayai punca berlakunya banjir di negeri ini, khususnya di daerah Kota Setar.
Banjir Kedah: Nilai kerosakan, ganti rugi dijangka lebih RM100 juta
Muhammad Sanusi mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan selain RM13 juta yang diumumkan pada Sabtu.
'Bukan 'honeymoon', saya tidak ke Jepun jika tahu Kedah akan dilanda banjir' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau ke Jepun kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini.
Benar Sanusi di luar negara ketika ini, tetapi bukan sebab bercuti - Pejabat MB Kedah
MB Kedah sentiasa ikuti perkembangan masalah banjir di negeri itu dan pastikan beban bencana dihadapi mangsa ditangani dengan cepat dan berkesan.