NEW DELHI: Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa, lapor penyiar Geo TV, menurut Sputnik.
Biro Akauntabiliti Nasional Pakistan, sebuah badan pengawas antirasuah, membangkitkan kes ini kurang daripada sehari selepas mahkamah di Islamabad membebaskan Khan dan isterinya daripada tuduhan perkahwinan tidak sah.
Pada Februari, pasangan itu telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana didakwa bernikah sebelum tempoh idah penceraian Bibi tamat.
Mahkamah di Islamabad mengarahkan badan pengawas itu untuk menyoal siasat kedua-dua suspek, yang kini ditahan di penjara Adiala di Rawalpindi, untuk hadir di mahkamah pada Isnin depan.
Peguam mereka berhujah bahawa perintah reman itu tidak sah dan rayuan untuk pembebasan mereka sudah dalam semakan oleh Mahkamah Agung Pakistan.
Khan, yang memimpin kerajaan Pakistan dari 2018 hingga 2022, telah disingkirkan dari jawatannya dalam undi tidak percaya pada April 2022.
Pada Ogos 2023, Khan ditahan berikutan kes penipuan yang melibatkan penjualan barang-barang berharga yang disimpan dalam perbendaharaan negara. Beberapa tuduhan lain kemudian dikenakan terhadapnya, termasuk pengkhianatan kerana mengedarkan maklumat sulit.
Semasa proses rayuan, kebanyakan tuduhan terhadap Khan digugurkan, tetapi bekas Perdana Menteri itu kekal dalam tahanan kerana kes perkahwinan tidak sah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Khan, yang memimpin kerajaan Pakistan dari 2018 hingga 2022, telah disingkirkan dari jawatannya dalam undi tidak percaya pada April 2022. - Gambar fail/ Reuters

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini
Mahkamah membatalkan keputusan dalam kes perkahwinan tidak sah yang membuka jalan bagi kemungkinan pembebasan Khan.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah, dihukum penjara tiga tahun
Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakannya memegang jawatan politik.

Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.