KUALA LUMPUR: Apa sahaja perbincangan mahupun rundingan di antara parti politik dan UMNO, perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukannya 'dalam gelap'.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya perbincangan atau rundingan itu dilakukan secara individu, maka ianya bukan dianggap rasmi buat UMNO.
Beliau yang juga Perdana Menteri mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang berkata berlaku perbincangan di antara dua parti itu baru-baru ini.
"Kalau dalam (rundingan) gelap tak tahulah kita, kalau rundingan mestilah secara terang dan setiap rundingan pun perlu diputuskan oleh parti.
"Apa pun rundingan hendak dijalankan mesti secara rasmi dan diputuskan oleh UMNO. Kalau rundingan pertemuan lain dianggap tidak rasmi tidak menjadi keputusan oleh UMNO," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Edisi ke-18, MIHAS 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarbangsa (MITEC) di ibu negara pada Khamis.
Tambah Ismail Sabri, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai perkara terbabit, namun ujarnya mana-mana pemimpin tidak boleh disekat daripada bertemu rakan di kalangan Pas.
"Saya tak tahu sama ada rundingan atau tak, mungkin perbincangan sebagainya ktia tidak boleh sekat siapa sahaja.
"Sesiapa pun boleh berjumpa rakan di kalangan Pas, berjumpa berbincang. Tapi seperti saya katakan, rundingan hanya sah dan jadi dasar parti apabila diputuskan oleh parti.
"Parti mesti memutuskan siapa wakil parti sah berunding dan sebagainya, itu daripada parti. Kalau pergi sendiri itu tidak boleh dianggap mewakili parti," katanya lagi.
Sebelum ini, Hashim mendedahkan berlaku ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu UMNO antara lain menyentuh keperluan satu lawan satu dan mengelakkan pertembungan di antara UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Fareez Azman
Thu Sep 08 2022

Ismail Sabri berkata sekiranya perbincangan atau rundingan itu dilakukan secara individu, maka ianya bukan dianggap rasmi buat UMNO. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.