BANTING: Pas akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin tertinggi UMNO dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama berkenaan membabitkan 27 kerusi Parlimen serta beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dilihat mempunyai potensi untuk dimenangi sekiranya ada permuakatan bersama UMNO.
"Kalau tidak boleh semua (muafakat antara UMNO-Pas) pun, mungkin tempat tertentu. Tidak mustahil," katanya pada sidang media sempena Pelancaran Jentera Pas Selangor 2022, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang perbincangan dengan parti di luar komponen Perikatan Nasional (PN) akan dilaporkan dalam Majlis Presiden PN bagi mencari jalan terbaik untuk permuafakatan politik.
Mengulas mengenai tiga syarat ditetapkan UMNO kepada Pas untuk mereka kembali ke meja rundingan berhubung kerjasama bagi menghadapi PRU15, Tuan Ibrahim berkata, kerangka muafakat itu perlu membincangkan titik persamaan.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, UMNO akan kembali ke meja rundingan dengan Pas berhubung kerjasama dalam PRU15 jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, parti itu menyambut baik kenyataan Ahmad Zahid yang menzahirkan keterbukaan memulihkan agenda penyatuan ummah berikutan pertemuan empat mata Presiden UMNO dan Pas pada 17 Sept lepas.
"Pas mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal 'perdamaian' antara orang-orang Islam bertelagah dalam sesuatu urusan mereka," katanya.
Takiyuddin berkata, Pas tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan antara parti-parti utama Melayu dan Islam di negara ini.
"Pas dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan UMNO dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) paling ringan," katanya.
Ahmad Zahid juga dilapor berkata, UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah, termasuk dalam kerjasama politik parti itu dengan Pas, yang menjadi asas kestabilan politik tanah air.
Sementara itu, di IPOH, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, parti itu tidak berputus asa untuk menyatupadukan hubungan dengan UMNO dan Bersatu dan kedua-dua parti itu perlu berusaha ke arah perpaduan dan menyelesaikan masalah berbangkit dengan berpegang pada matlamat agenda perpaduan ummah. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Pas akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin tertinggi UMNO dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).