Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerjasama itu tidak akan wujud antara parti-parti berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan untuk membentuk kerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak.
"Kita tidak akan bekerjasama dengan parti tebuk atap (PN) dan ‘Bossku’ (BN) tapi kita boleh bekerjasama dengan parti lain di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media majlis Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan Tun Mahathir Mohamad, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, GTA, kata Dr Mahathir, mempunyai peluang yang cerah dan tinggi untuk memenangi beberapa kerusi Parlimen lain selain di Langkawi pada PRU15.
Namun begitu, beliau berkata, parti pimpinannya masih belum memuktamadkan lagi calon Perdana Menteri.
"Adalah lebih baik menunggu untuk GTA menang dulu, barulah kita buat keputusan siapa akan jadi PM," ujar Dr Mahathir yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15, Sabtu ini.
Pada PRU15, GTA bertanding di 121 kerusi Parlimen.