Jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan mengenai kejadian khianat itu sekitar jam 10.37 malam pada Sabtu.
Katanya, susulan itu pihak polis melakukan penangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun di sekitar kawasan terbabit pada Ahad.
"Suspek disyaki dalam keadaan mabuk semasa tangkapan dilakukan keatasnya.
"Permohonan reman ke atas tangkapan akan dibuat pada Ahad.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Tambahnya, pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.