Asyraf Wajdi gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini kubu kuat UMNO apabila hanya memperolehi 13,728 undi. - Gambar fail
IPOH: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selaku calon baru ditampilkan BN, beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini kubu kuat UMNO apabila hanya memperolehi 13,728 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob (PN) menang dengan undi 15,105 dan majoriti 1,377 undi.
Sementara calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tarmizi Mohd Jam mendapat 5,779 undi.
DAPATKAN KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI PRU15 DI SINI Ahmad Nawab, seniman sepanjang zaman - Datuk Habsah Hassan
Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab diingati sebagai seorang komposer yang memahami selera masyarakat dan sentiasa mengikuti arus perubahan muzik sejak era 50-an hingga kini.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.