KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pembangkang perlu mengamalkan kompromi politik untuk memulihkan semula ekonomi daripada menggesa pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera, kata penganalisis politik.
Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kedua-dua pihak sewajarnya pada masa ini menumpukan kepada usaha melaksanakan apa sahaja yang dirancang untuk rakyat.
"Perlu diletakkan satu garisan yang jelas, kerajaan ataupun pembangkang dalam konteks semasa ini melihat bagaimana untuk sama-sama memastikan kepentingan rakyat menjadi satu perkara lebih utama daripada segala-galanya," katanya kepada Bernama.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Fakulti Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya (UM) itu mencadangkan PRU15 diadakan tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat, berkemungkinan selepas pembentangan Bajet 2023.
"Bagi saya itu satu masa sesuai... dan pada waktu sama, saya lihat dalam proses melaksanakan PRU15 perlu diberikan ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (untuk persediaan)," katanya.
Mandat lima tahun kerajaan semasa akan tamat pada Julai 2023 dan PRU15 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari pembubaran Parlimen.
Sebelum ini, segelintir pemimpin parti politik mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya PRU15 diadakan segera, namun Perdana Menteri berpendapat sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya itu ketika negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berpendapat situasi kini kurang sesuai untuk diadakan PRU15 berikutan isu permasalahan sedang dihadapi rakyat yang perlu menjadi fokus utama oleh ahli politik agar kebajikan masyarakat dan kesejahteraan negara kembali stabil segera.
"Rakyat mahukan kestabilan sesegera mungkin agar kerajaan dan negara boleh beri fokus kepada cara untuk selesaikan masalah rakyat, bukan bincang mengenai politik dan sebagainya. Kalau kita boleh 'tangguh' sementara, maka itulah (jalan terbaik).
"Bagi saya waktu sekarang mungkin belum sesuai untuk itu (PRU15) tetapi harus melihat pada kestabilan sesegera mungkin. Perlu lihat secara menyeluruh dan bagi saya soalan ini agak sukar untuk dijawab kerana kedua-duanya (segera dan tangguh PRU15) adalah penting," katanya.
PRU15-PENGANALISIS 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Senada dengan Mohd Izzat, Ketua Ekonomi BIMB Securities Imran Nurginias yang berpendapat kerajaan harus memberi fokus kepada agenda membantu rakyat susulan inflasi yang telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup dan kini bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya.
Beliau berkata banyak perkara yang harus diambil perhatian oleh kerajaan dalam menangani masalah rakyat pasca pandemik dan pelaksanaan pilihan raya hanya akan membantutkan usaha itu.
"Apabila kita adakan pilihan raya dan tukar kerajaan, kerajaan baharu akan masuk dan apa yang kerajaan semasa buat sekarang tidak akan ada kesinambungan. Saya rasa kerajaan perlu mengadakan dasar untuk melindungi rakyat dan melaksanakannya dengan betul terlebih dahulu sebelum kita bersedia untuk pilihan raya," katanya.
Selain itu, Imran turut berpandangan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat hanya akan mengganggu proses pemulihan ekonomi yang kian stabil walaupun negara sedang menghadapi masalah inflasi.
Menurutnya, data prestasi ekonomi negara pada suku pertama tahun ini menunjukkan kadar pemulihan yang memberangsangkan dan ini dapat dibuktikan apabila nilai kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus dibandingkan dengan -0.5 peratus pada suku sama tahun lepas (3.6 peratus pada suku keempat 2021).
Penggunaan swasta pula menunjukkan peningkatan sebanyak 5.5 peratus dibandingkan -1.5 peratus pada suku yang sama tahun lepas (1.6 peratus pada suku keempat 2021).
"Kalau kita lihat pada data, semuanya menunjukkan angka yang baik. Itu pada dasarnya menunjukkan bahawa terdapat keyakinan terhadap kerajaan kita sekarang. Mengadakan pilihan raya sekarang boleh menjejaskannya. Apabila diadakan pilihan raya, terdapat banyak ketidaktentuan dan kita tidak tahu siapa yang akan menang dan apa dasar mereka nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Mandat lima tahun kerajaan semasa akan tamat pada Julai 2023 dan PRU15 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari pembubaran Parlimen. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).