KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.036 yang akan dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos ini.
Ini sekali gus menjawab teka-teki sebelum ini yang mengaitkan beberapa nama besar termasuk Pengerusi Muafakat (MN), Tan Sri Annuar Musa yang disebut akan bertanding di kerusi itu.
Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Hussain Awang pada majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu, di sini pada Khamis.
"Selain itu kita juga ingin mengumumkan Zuraida Md Noor akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N015, Ladang," katanya di sini, pada Khamis.
Kali terakhir Pas meletakkan calon wanita adalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di DUN Kuala Besut.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula akan kekal bertanding di DUN Rendang.
Dalam pada itu, ketika mengumumkan Hussain memberitahu, 50 peratus calon yang ditampilkan PN adalah daripada kalangan ulama.
"Kami (PN) menampilkan calon-calon yang mempunyai kewibawaan luar biasa berbanding sebelum ini iaitu calon-calon yang terdiri daripada kombinasi ulama, iaitu dari kalangan mereka yang berkelulusan agama, profesional, usahawan dan lain-lain.
"Bilangan calon ulama atau ahli yang mendapat pendidikan Islam adalah 50 peratus, iaitu 16 orang; profesional dan usahawan (13 orang) atau 39.5 peratus dan lain-lain tiga orang, iaitu 9.3 peratus," katanya lagi.
Beliau turut yakin kombinasi itu dilihat dapat menterjemahkan dasar dan hal tuju PAS serta kerajaan untuk memimpin negeri itu untuk lima penggal yang akan datang.
Berikut senarai calon PN bagi kerusi DUN Terengganu pada PRN ini:
N1 Kuala Besut - Azbi Salleh (PAS)
N2 Kota Putera - Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PAS)
N3 Jertih - Dr Riduan Mohamad Nor (PAS)
N4 Hulu Besut - Datuk Mohd Husaimi Hussin (Bersatu)
N5 Jabi - Dr Azman Ibrahim (PAS)
N06 Permaisuri - Mohd Yusop Majid (Bersatu)
N07 Langkap - Azmi Maarof (PAS)
N08 Batu Rakit - Mohd Shafizi Ismail (PAS)
N09 Tepuh - Hishamuddin Abdul Karim (PAS)
N10 Buluh Gading - Ridzuan Hashim (PAS)
N11 Seberang Takir - Khazan Che Mat (Bersatu)
N12 Bukit Tunggal - Zaharudin Zaid (PAS)
N13 Wakaf Mempelam - Wan Sukairi Wan Abdullah (PAS)
N14 Bandar - Ahmad Shah Muhamed (PAS)
N15 Ladang - Zuraida Md Noor (PAS)
N16 Batu Buruk - Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS)
N17 Alor Limbat - Ariffin Deraman (PAS)
N18 Bukit Payung - Mohd Nor Hamzah (PAS)
N19 Ru Redang - Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS)
N20 Pengkalan Berangan - Sulaiman Sulong (PAS)
N21 Telemung - Mohd Zawawi Ismail (Bersatu)
N22 Manir - Mohd Hilmi Harun (PAS)
N23 Kuala Berang - Dr Mamad Putih (PAS)
N24 Ajil - Maliaman Kassim (PAS)
N25 Bukit Besi - Ghazali Sulaiman (PAS)
N26 Rantau Abang - Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli (PAS)
N27 Sura - Dr Tengku Mohd Fakhruddin (Pas)
N28 Paka - Datuk Satiful Bahari Mamat (PAS)
N29 Kemasik - Ir Saiful Azmi Suhaili (PAS)
N30 Kijal - Datuk Razali Idris (Bersatu)
N31 Chukai - Hanafiah Mat (PAS)
N32 Air Putih - Mohd Hafiz Adam (PAS)
Umavathi Ramayah
Thu Jul 27 2023

Ahmad Samsuri (kiri) diumumkan akan mempertahankan kerusi N19- Rhu Rendang sementara Ahmad Amzad kerusi Parlimen P036- Kuala Terengganu pada Majlis Pengisytiharan Calon PN/Pas bagi PRN Terengganu di Rusila, Marang, malam tadi. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.