KUCHING: Biar strategi dan pendekatan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi 'rahsia' dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kelak.
Demikian respon ketua pergerakannya, Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika mengulas tahap kesiapsiagaan parti itu khususnya berdepan cabaran pilihan raya tanpa fizikal.
Menurut penyandang kerusi DUN Dalat itu, pihaknya perlu bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan perubahan saat akhir berkaitan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan SOP di PRN Melaka dan ia mungkin akan digunakan pada PRN Sarawak kelak.
“Oleh itu, jentera parti perlu bijak terutama beradaptasi dengan sebarang perubahan dan harus dilaksanakan mengikut kesesuaian kawasan,” katanya pada sidang media di Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Kuching pada Rabu.
Mengulas lanjut, larangan kempen secara konvensional memaksa parti itu beralih kepada penggunaan kaedah digital sebagai altenatif baharunya.
“Keperluan perubahan juga harus mengambil kira keadaan semasa, termasuk faktor geografi khasnya di kawasan pedalaman selain kekangan jaringan internet.
“Jadi segala perubahan itu perlu dilaksanakan, dan kita harus memikirkan apa yang akan dilakukan.. itu adalah rahsia kita,” jelas beliau lagi.
Mengenai penggunaan logo baharu bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya kali ini katanya, ia sudah diuar-uarkan sejak awal penubuhan gabungan tersebut.
“Ini kali pertama kita menggunakan logo GPS, jadi antara perkara yang menjadi tanggungjawab pergerakan wanita ialah memaklumkan, memberitahu, dan menguar-uarkan mengenai logo berkenaan.
“Ini bukanlah kita lakukan sekarang, tetapi telah kita buat dari awal dahulu kerana simbol itu akan digunakan dan perlu diperkenalkan kepada pengundi-pengundi,” ujar beliau.
Untuk rekod, sebelum ini empat parti komponen GPS yang terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mengumumkan keluar dari Barisan Nasional (BN) pada 12 Jun 2018 selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Shafik Ahmad
Wed Nov 10 2021

Menurut Fatimah, pihaknya perlu bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan perubahan saat akhir berkaitan garis panduan dan SOP PRN Sarawak. - Gambar Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak ke-7 [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak ke-7](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639840731_JAPEN.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak ke-7
Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-7, selepas GPS kembali diberi mandat di PRN ini.

PRN Sarawak: Leon seru rakyat di Simanggang lakukan perubahan
Beliau menjelaskan terdapat banyak kekurangan di Simanggang yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan sedia ada.

PRN Sarawak: Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii
Kelvin Yii mahu sistem semak dan imbang di Sarawak diperkukuhkan.

PRN Sarawak: Sektor ekopelancongan di Bukit Goram akan terus diperhebat - Calon GPS
Sektor ekopelancongan akan terus diperkasakan dalam usaha memperkenalkan keunikan rumah-rumah panjang di Kapit khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram.

PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) berakhir pukul 5 petang ini.

PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda
Pembangunan fasiliti seperti pusat aktiviti anak muda khusus di kawasan Belaga wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.

PRN Sarawak: Wujudkan pusat kebudayaan tradisional, promosi keunikan Belaga - Belia
Sebuah pusat latihan khusus bagi mendalami seni dan budaya tradisional perlu dibangunkan sebagai usaha mengekalkan keunikan dan kepelbagaian etnik di Belaga.

PRN Sarawak: Wanita PBB ada 'senjata' rahsia
Jentera PBB perlu bijak mengadaptasi keadaan semasa dalam persedian menghadapi cabaran ketika PRN Sarawak berlangsung nanti.

PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan Safiee dicalon semula untuk Daro
Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini membayangkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Daro Safiee Ahmad bakal dinamakan semula sebagai calon PRN Sarawak ke-12.

PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, risiko penularan COVID-19 harus dipertimbangkan sebelum tarikh sebenar PRN Sarawak ke-12 diputuskan.