KUCHING:Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti keadaan semasa COVID-19 sebelum memutuskan tarikh sebenar bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, PRN12 akan diadakan pada tahun 2021 namun, penganjurannya bergantung dengan risiko serta faktor keselamatan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan.
“Sebenarnya, PRN12 dirancang untuk diadakan lebih awal. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia terpaksa ditangguhkan kerana kesihatan rakyat lebih diutamakan ketika ini.
“Bila? Saya tidak tahu. Sekarang kita sudah berada pada bulan Disember. Yang pasti tahun depan, tetapi saya tidak tahu bila,” kata beliau.
Ujar Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu lagi, bersandarkan tempoh matang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bakal berakhir pada Jun 2021, penilaian risiko COVID-19 harus dipertimbangkan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Ulang Tahun ke-24 Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Pelancaran ‘The Last Ring Ladies Mural’ di Kota Padawan, Kuching pada Isnin.
Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan, tiada keperluan untuk menandatangani ‘Gagasan Persefahaman Politik’ merangkumi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Jelasnya, perkara tersebut sudah dijawab Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
BACA: Cadangan tubuh gagasan besar, pemimpin GPS kata tak perlu
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyuarakan bahawa PN, BN dan GPS perlu bermuafakat bagi mengekalkan kesatuan politik khasnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Jelasnya, perkara ini supaya Perikatan Nasional dapat terus memerintah Kerajaan Persekutuan di samping mengambil alih kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan.
BACA: PN, BN dan GPS perlu bermuafakat, wujudkan satu gagasan besar - Hamzah Zainudin
Astro Awani
Mon Dec 14 2020

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga menyatakan pendirian tegas beliau berkenaan muafakat politik antara PN, BN dan GPS seperti disuarakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Foto Jabatan Penerangan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, risiko penularan COVID-19 harus dipertimbangkan sebelum tarikh sebenar PRN Sarawak ke-12 diputuskan.

PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari
Ini melihat kepada kebolehan Sarawak dalam mengawal pandemik di negeri itu. Namun, masih ada masa sebelum mandatnya berakhir pada Jun 2021.