KUALA LUMPUR : Calon DAP bagi kerusi N14 Batu Kawah, Dr Kelvin Yii Lee Wuen ingin mengetengahkan dua keutamaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.
Dua keutamaan tersebut adalah reformasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak demi menjamin ketelusan institusi politik dan menambah baik sistem kesihatan dan penjagaan rakyat di Bumi Kenyalang.
Antara lain, beliau turut mengetengahkan tujuh reformasi sekiranya diberikan mandat pada 18 December ini.
"Tujuh reformasi institusi politik yang DAP cadangkan. Pertama, kita kena panjangkan tempoh sidang DUN Sarawak.
"Kedua sesi soal jawab bersama Ketua Menteri Sarawak. Reformasi ini melibatkan Ketua Menteri Sarawak sendiri untuk hadir ke DUN mungkin sekali dalam seminggu untuk menjawab terus semua kenyataan mahupun persoalan daripada Adun kerajaan ataupun adun pembangkang.
"Kita memerlukan kamar, sebuah kamar khas, yang berlangsung serentak dengan kamar utama supaya setiap ADUN boleh membawakan isu-isu yang spesifik kepada setiap kawasan mereka dan mendapatkan penjelasan mahupun jawapan daripada pihak menteri yang berkaitan," katanya dalam perkongsian video di media sosial menerusi inisiatif Suara Untuk Semua.
Menjelaskan lebih lanjut, reformasi keempat akan memberi fokus terhadap usaha memperkasakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Sarawak (PAC) dan menubuhkan Jawatankuasa Khas DUN untuk memperkasakan sistem semak dan imbang di DUN.
Ujar Kelvin, pengerusi PAC harus dijawat oleh pihak pembangkang.
"Selain itu, kita harus menubuhkan lebih banyak jawatankuasa untuk memantau setiap kementerian di DUN Sarawak.
"Reformasi kelima, segala persidangan dan prosiding DUN mahupun kamar utama mahupun jawatankuasa harus disiarkan secara langsung kepada semua rakyat Sarawak," tegas beliau.
Menjelaskan berkenaan dua reformasi terakhir katanya, peruntukan tahunan yang sama rata perlu diberikan kepada semua kawasan DUN yang mana ia dilihat penting bagi memastikan rakyat tidak dihukum atas pilihan demokrasi mereka.
"Reformasi ketujuh, Sarawak perlu memperkenalkan sebuah undang-undang anti lompat parti bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada proses politik kita," katanya.
Nickyson Nyambar
Wed Dec 15 2021
![PRN Sarawak: Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii PRN Sarawak: Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584982164_DrKelvinYii.jpg)
Kelvin Yii turut mengetengahkan tujuh reformasi politik sekiranya diberikan mandat pada 18 December ini. - Foto fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak ke-7 [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak ke-7](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639840731_JAPEN.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak ke-7
Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-7, selepas GPS kembali diberi mandat di PRN ini.
![PRN Sarawak: Leon seru rakyat di Simanggang lakukan perubahan PRN Sarawak: Leon seru rakyat di Simanggang lakukan perubahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639612682_GabunganPartiSaraw.jpg)
PRN Sarawak: Leon seru rakyat di Simanggang lakukan perubahan
Beliau menjelaskan terdapat banyak kekurangan di Simanggang yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan sedia ada.
![PRN Sarawak: Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii PRN Sarawak: Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584982164_DrKelvinYii.jpg)
PRN Sarawak: Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii
Kelvin Yii mahu sistem semak dan imbang di Sarawak diperkukuhkan.
![PRN Sarawak: Sektor ekopelancongan di Bukit Goram akan terus diperhebat - Calon GPS PRN Sarawak: Sektor ekopelancongan di Bukit Goram akan terus diperhebat - Calon GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639483044_JeffersonJamitGps.jpg)
PRN Sarawak: Sektor ekopelancongan di Bukit Goram akan terus diperhebat - Calon GPS
Sektor ekopelancongan akan terus diperkasakan dalam usaha memperkenalkan keunikan rumah-rumah panjang di Kapit khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram.
![PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639443628_PRNSarawakundiaw.jpg)
PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) berakhir pukul 5 petang ini.
![PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638263048_NicholBelaga.jpg)
PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda
Pembangunan fasiliti seperti pusat aktiviti anak muda khusus di kawasan Belaga wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.
![PRN Sarawak: Wujudkan pusat kebudayaan tradisional, promosi keunikan Belaga - Belia PRN Sarawak: Wujudkan pusat kebudayaan tradisional, promosi keunikan Belaga - Belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638265598_Belagatradisi.jpg)
PRN Sarawak: Wujudkan pusat kebudayaan tradisional, promosi keunikan Belaga - Belia
Sebuah pusat latihan khusus bagi mendalami seni dan budaya tradisional perlu dibangunkan sebagai usaha mengekalkan keunikan dan kepelbagaian etnik di Belaga.
![PRN Sarawak: Wanita PBB ada 'senjata' rahsia PRN Sarawak: Wanita PBB ada 'senjata' rahsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636535017_TBFATIMAH.jpg)
PRN Sarawak: Wanita PBB ada 'senjata' rahsia
Jentera PBB perlu bijak mengadaptasi keadaan semasa dalam persedian menghadapi cabaran ketika PRN Sarawak berlangsung nanti.
![PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan Safiee dicalon semula untuk Daro PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan Safiee dicalon semula untuk Daro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636116995_TBSAFIEEAHMAD.jpg)
PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan Safiee dicalon semula untuk Daro
Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini membayangkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Daro Safiee Ahmad bakal dinamakan semula sebagai calon PRN Sarawak ke-12.
![PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607933227_AbangJohariPRN.jpg)
PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, risiko penularan COVID-19 harus dipertimbangkan sebelum tarikh sebenar PRN Sarawak ke-12 diputuskan.