Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas
Keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu tidak dapat diumumkan hari ini ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ekoran itu pihaknya gagal mengumumkan keputusan pada hari ini sekali gus enggan mengambil risiko keselamatan petugas pilihan raya yang menggunakan helikopter untuk membawa peti undi.
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Abang Jo angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-7
Abang Johari Ketua Menteri Sarawak Ke-7
Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak Ke-7
Tan Sri Abang Johari Tun Openg, 71 tahun, malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali diberi mandat untuk mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
Istiadat Angkat Sumpah Pengerusi GPS itu, berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri.
BERITA PENUH DI SINI
Abang Jo berangkat ke Astana Negeri, angkat sumpah Ketua Menteri malam ini
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergerak ke Astana Negeri bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Selepas membuat ucapan sempena kemenangan mudah 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Abang Johari sempat memberi ucapan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
BERITA PENUH DI SINI
Ini kemenangan rakyat Sarawak - Abang Jo
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai kemenangan kepada rakyat Sarawak.
Dalam ucapan kemenangan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Abang Johari berkata kemenangan ini akan menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang sama rata dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
BERITA PENUH DI SINI
Dr Sim tidak akan 'tengok saja' Batu Kawah
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menepati ramalan berjaya mempertahankan kerusi Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) hari ini.
Kui Hian menang dengan majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.
BERITA PENUH DI SINI
GPS menang di N.12 Kota Sentosa
Padungan milik DAP
Presiden DAP Sarawak Chong Chieng Jen menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, hari ini.
Chieng Jen memperoleh sebanyak 4,686 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Datuk Wee Hong Seng daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memperoleh sebanyak 3,488 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Sidang media Pengerusi GPS
[RASMI] GPS menang 45 kerusi, peroleh majoriti mudah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti mudah dengan menang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada Sabtu.
Dengan bilangan itu, GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mempunyai kelebihan tiga kerusi daripada majoriti mudah 45 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.
BERITA PENUH DI SINI
Sidang media Pengerusi SPR
GPS menang di Machan, Piasau, Repok & Batu Danau
Ibrahim Baki menang di Satok
Calon GPS di DUN N8 Satok, Datuk Ibrahim Baki menang besar apabila mencipta majoriti 6,033 undi dalam saingan tiga penjuru pada Sabtu.
Ibrahim, 62, seorang tokoh korporat tidak berhadapan masalah besar memperoleh 6,991 undi apabila pesaing terdekatnya, Dr Nor Irwan Ahmat sekadar mengutip 958 undi manakala calon Parti Bumi Kenyalang, Awang Bedele Awang Ali membawa pulang 415 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Friday Belik menang di DUN Krian, Ali Biju raih 1,777 undi
Kemelut calon yang berlaku melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik dan calon Bebas Datuk Ali Biju di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian membawa kepada kemenangan Friday pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Friday yang memperoleh 3,885 undi, menang dengan majoriti 932 undi menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Musa Dinggat yang hanya memperoleh 2,953 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Nicholas Kudi sebak terkenang jasa mendiang Masing
icholas Kudi Jantai tidak mampu menahan sebak sejurus diumumkan sebagai pemenang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, sebentar tadi.
Ketika ditemui media, Nicholas berkata beliau sedih mengenangkan mendiang Tan Sri James Jemut Masing yang meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak menang bergaya di DUN Bukit Sari, Bukit Saban
Dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berjaya mempertahankan kerusi masing-masing di DUN Bukit Sari dan Bukit Saban.
Awang Tengah yang menang dengan majoriti selesa 5,636 menewaskan dua calon daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Alias Mail dan calon Parti Bumi Kenyalang, Riyah Basrah.
Manakala Uggah menang dengan jumlah undi sebanyak 5,373 menewaskan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Andria Gelayan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mikael Matthew.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] Calon GPS, Idris Buang, menang di N16 Muara Tuang
[KEPUTUSAN RASMI] Calon GPS, Idris Buang, menang di N16 Muara Tuang dengan 6,237 undi.#SarawakMemilih #PRNSarawak
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 18, 2021
Layari untuk keputusan penuh sekarang!https://t.co/qiaIVJRwH4 pic.twitter.com/wVeDcljmdp
[TIDAK RASMI] PRN Sarawak: GPS menang lebih 2/3 kerusi
Keputusan pengiraan awal menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meraih majoriti lebih dua pertiga daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Setakat ini ditulis, sekurang-kurangnya 55 kerusi memihak kepada GPS.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] Calon GPS, Christopher Gira Sambang menang di N59 Tamin
[KEPUTUSAN RASMI] Calon GPS, Christopher Gira Sambang menang di N59 Tamin dengan majoriti 3,588 undi.#SarawakMemilih #PRNSarawak
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 18, 2021
Layari untuk keputusan penuh sekarang!https://t.co/yA8sGUzIUD pic.twitter.com/Q4wmY8bV2f
[RASMI] Calon PSB, Johnichal Rayong Ngipa menang di N33 Engkilili
[KEPUTUSAN RASMI] Calon PSB, Johnichal Rayong Ngipa menang di N33 Engkilili dengan majoriti 1,191 undi.#SarawakMemilih #PRNSarawak
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 18, 2021
Layari untuk keputusan penuh sekarang!https://t.co/Xbkk4TAAqW pic.twitter.com/FCWHwZzfyL
GPS raih majoriti besar di DUN Bukit Goram
Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih majoriti besar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram dengan majoriti 3,538 undi berbanding 2,586 pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11).
Pemenangnya Jefferson Jamit Unyat dengan ini berjaya mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 2016.
BERITA PENUH DI SINI
DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N64 Baleh, Robert Liman di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi DUN Baleh, sebentar tadi.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] GPS menang di Layar
[RASMI] GPS menang di Pelagus
Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian mengekalkan kedudukannya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan selepas menang dalam saingan lima penjuru.
Bekas Menteri Kerja Raya itu yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] GPS menang di Beting Maro, Balai Ringin & Asajaya
[RASMI] GPS menang di Gedong
[RASMI] PBS menang di Ba'kelalan
Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak mendapat 4,310 undi menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini yang hanya memperoleh 703 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Keputusan tidak rasmi N39 (Krian), N14 (Batu Kawah) & N67 (Jepak)
Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Julaihi Narawi nyata tiada masalah untuk mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.
Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Naib Presiden Sayap Bumiputra, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru itu.
BERITA PENUH DI SINI
Jangan peluk atau salam, walaupun terlalu gembira lepas dapat keputusan - Pakar Kesihatan
Pakai pelitup muka dengan betul, pastikan penjarakan fizikal sentiasa dijaga, jangan berpeluk, jangan bersalaman walaupun tahap kegembiraan sedang memuncak malam nanti.
Itu nasihat Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Jamilah Hashim kepada semua calon dan penyokong parti politik menjelang pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka selesai malam ini.
BERITA PENUH DI SINI
Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
Kesemua 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak, ditutup tepat jam 5 petang tadi.
Beberapa saluran di pedalaman ditutup lebih awal berikutan bilangan pengundi yang kecil.
Proses pengiraan undi kini berlangsung!
BERITA PENUH DI SINI
Keputusan tidak rasmi N57 (Telian)
Perkongsian netizen di media sosial setakat 3:30 petang
Dr Hardy berdebar urus proses pengundian Tun Taib, Abang Jo
Bangun seawal jam empat pagi untuk memastikan semua peti undi dibawa ke saluran yang ditetapkan.
Itu peranan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N8 Satok, Dr Hadysham Junaidi.
Dr Hadysham, 45, yang turut dikenali sebagai Dr Hardy sudah 20 tahun berpengalaman membantu proses pilihan raya, dengan peranan sebagai Penolong Pengurus Pilihan Raya sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINI
Sekilas fakta kerusi tumpuan PRN Sarawak ke-12
Pengundian DUN Bawang Assan lancar, ikut SOP
Dulu Batman, hari ini 'Demon Slayer' pula turun mengundi
Gelagat seorang lelaki mengenakan kostum watak manga dan animasi popular Jepun 'Demon Slayer' ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu di sini hari ini telah mencuri perhatian ramai.
Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama.\
BERITA PENUH DI SINI.
Proses pengundian di DUN Pelagus
Apa yang 'trending' di media sosial?
1,207 pusat mengundi ditutup setakat 2 petang
Sebanyak 1,207 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 telah ditutup setakat 2 petang ini.
Berdasarkan senarai pusat mengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 189 ditutup seawal 11 pagi diikuti 559 lagi pada 12 tengah hari.
BERITA PENUH DI SINI
'Mengundi itu wajib, ia amanah dan tanggungjawab kita'
“Bagi saya mengundi ini wajib dijalankan… itu adalah amanah dan tanggungjawab kita untuk memilih kerajaan,” - Pegawai Imigresen, Mohd Azad Azmi. #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/5CTgj9YDoc
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 18, 2021
Isteri mendiang Masing dan Nicholas Kudi antara terawal buang undi di Baleh
Isteri mendiang Tan Sri James Jemut Masing dan anak saudara mendiang, calon GPS bagi DUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai Masing, mengundi di Rumah Melinggang, Majau di Baleh.
BERITA PENUH DI SINI
Calon N.57 Tellian Royston Valentine selesai mengundi di SK Petanak
Calon N.57 Tellian Royston Valentine selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Pusat Mengundi Sk Petanak, Mukah.
— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 18, 2021
Segak memakai Batik Linut yang dihasilkan oleh Lamin Dana Cultural Lodge.
Ikuti perincian terkini di @501Awani #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/F1Si1M9iA5
39 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari
Setakat jam 12 tengah hari, seramai 39 peratus pengundi telah keluar mengundi, menurut SPR
Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bakal menyaksikan pertandingan sengit antara kesemua parti terutamanya Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Menurut penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ammar Redza, keputusan yang bakal diumumkan pada malam Sabtu juga memberi gambaran kemampuan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mengetuai gabungan parti itu.
BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan terkini proses pengundian di DUN Batu Kawah
Persiapan rapi sambut golongan kenamaan di Padang SLPAS
Peratusan keluar mengundi boleh capai seperti di Melaka - Penganalisis
Peratusan keluar mengundi rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) Sarawak dijangka boleh mencapai 65 peratus sepertimana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ammar Redza, meskipun pada awalnya menunjukkan peratusan keluar mengundi yang agak perlahan, namun jumlah itu dijangka meningkat menjelang tengah hari sehingga petang.
BERITA PENUH DI SINI
Lawatan Pengerusi SPR ke SK Pajar Sejingkat
32 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi
Setakat jam 11 pagi, seramai 32 peratus pengundi telah keluar mengundi, menurut SPR
Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di Kompleks Sukan Satok
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS, Kuching bagi DUN Satok
Perkembangan terkini proses pengundian di DUN Bawang Assan
Siapa dapat mandat rakyat Sarawak?
Pengerusi SPR tinjau Pusat Pengundian SK Pajar Sejingkat
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh membuat tinjauan di Pusat Pengundian SK Pajar Sejingkat. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/ngrWyCEDEf
— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 18, 2021
Abang Johari selesai buang undi, lokasi mengundi 'meriah' dengan VIP
Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS, di Kuching, meriah dengan kehadiran individu ternama, yang hadir bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Mereka tersebut termasuk Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Openg dan isteri, Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang.
BERITA PENUH DI SINI
Calon GPS DUN Pelagus selesai buang undi
Calon GPS bagi DUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang selesai membuang undi tepat jam 10 pagi ini.
Terdahulu, beliau hadir bersama isteri Seriah Thomas di SK Sungai Amang, tepat jam 9.40 pagi.
BERITA PENUH DI SINI
11 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi
Setakat jam 9 pagi ini, seramai 11 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.
Abang Jo dan isteri tiba di pusat mengundi
10.02 am: Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma'ani Tuanku di Pusat Mengundi pada pukul 9.57 pagi. @501Awani pic.twitter.com/tyJngshRJz
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 18, 2021
Datuk Seri Wong Soon Koh selesai mengundi di pusat mengundi SJK(C) Chung Hua
Tepat jam 8.56 pagi, Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB), penyandang DUN Bawang Assan selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi di pusat mengundi SJK(C) Chung Hua Sibu #SarawakMemilih #PRNSarawak @501Awani pic.twitter.com/y83A9C3cTA
— Anak Razak (@SonOfAryus) December 18, 2021
Sukarelawan SPR bersemangat membantu proses pembuangan undi
Nurdina Syahrizaztul, 20 tahun sukarelawan SPR yang bersemangat membantu melancarkan proses pembuangan undi.
— fadilah sul (@adensul) December 18, 2021
“Walaupun tahun ini belum dapat mengundi, saya ambil pengalaman dan membantu dulu untuk PRN ini. Harap-harap PRN seterusnya saya datang sebagai pengundi.”@501Awani pic.twitter.com/t0QF7c9tdY
Calon GPS Wilson Nyabong Ijang tiba di pusat pengundian SK Sungai Amang
Calon GPS Dun Pelagus, Wilson Nyabong Ijang tiba di pusat pengundian SK Sungai Amang jam 9.40 pagi. @501Awani #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/MqL2XEQd54
— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 18, 2021
Perkembangan proses mengundi di DUN Bukit Saban
Manifestasi anak Sarawak sebagai pengundi luar
Cabaran dan harapan pengundi luar Sarawak
Perkembangan proses pengundian di DUN Bukit Sari
Khemah KKM di SJKC Chung Hua diterjah angin kuat
Kita doakan keselamatan semua. Kakitangan KKM berusaha menyelamatkan kit antigen di pusat mengundi selepas khemah mereka roboh foterjah angin kuat dan hujan lebat. #SarawakMemilih #PRNSarawak @501Awani pic.twitter.com/63YOqNKYuY
— Anak Razak (@SonOfAryus) December 18, 2021
Dato Sri Fatimah Abdullah tiba di pusat mengundi DUN Dalat
8:11 pagi ketibaan Dato Sri Fatimah Abdullah bersama pasangan Dato’ Dr Adi Badiozaman Tuah bersama anak Professor Ida Fatimawati.
— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 18, 2021
Ikuti perkembangan terkini disaluran @501Awani dan https://t.co/pbkSZyQ0Rt #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/GzBUUAtTSu
Perkembangan proses pengundian di DUN Satok
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan calon GPS DUN Bukit Goram tiba di pusat mengundi
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tiba pusat mengundi tepat jam 8.04 pagi bersama calon GPS Dun Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat. @501Awani #sarawakmemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/sMXnnWmjk3
— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 18, 2021
Perkembangan proses pengundian di DUN Tupong
Perkembangan proses pengundian di DUN Bukit Goram
Hujan mula turun dengan lebat di pusat mengundi SJKC Chung Hua
Tepat jam 7.55 pagi, hujan mula turun dengan lebat di pusat mengundi SJK (C) Chung Hua, Sibu, kepada pengundi sila datang bawa payung. Jangan berlari-lari, jalan licin. #SarawakMemilih #PRNSarawak @501Awani pic.twitter.com/he9sQ10y6M
— Anak Razak (@SonOfAryus) December 17, 2021
Pengundi DUN Bukit Goram mula tiba untuk membuang undi
7:50 - Suasana awal pagi, para pengundi tiba dan garis panduan SOP dipatuhi sebaiknya dengan bantuan dari petugas SPR @501Awani #SarawakMemilih pic.twitter.com/WnQ244tqWw
— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 17, 2021
Wartawan Nuzuluddin Abd Razak melaporkan dari SJKC Chung Hua, Sibu
Hujan renyai di pusat mengundi DUN Bawang Assan di SJK Chung Hua, Sibu menati ketibaan 3,533 pemilih berdaftar. #SarawakMemilih #PRNSarawak @501Awani pic.twitter.com/oQxTTTLB8Q
— Anak Razak (@SonOfAryus) December 17, 2021
Pusat mengundi dibuka, pengundian bermula 7.30 pagi
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula pada 7.30 pagi ini dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu.
Proses itu membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN itu yang akan diuruskan oleh seramai 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada 5 petang.
BERITA PENUH DI SINI
Wartawan Azizah Alwi melaporkan dari SK Kampung Teh Dalat
Selamat Pagi warga Dalat!
— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 17, 2021
Kami kini berada di SK Kampung Teh Dalat dan dikata terdapat seorang figura yang cukup hebat akan membuang undi disini. Ikuti perkembangan lanjut di saluran @501Awani dan https://t.co/c7K1b4JIjC #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/dSbdbA5hVY
Wartawan Fadillah Sulaiman melaporkan dari SK Kampung Seberang Kuala Lawas
Selamat Pagi dari Lawas! ?? sekitar 30 pengundi sudah beratur sebelum 7:30 pagi dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka ?? @501Awani #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/FNpiNhwqnq
— fadilah sul (@adensul) December 17, 2021
Para pengundi DUN 6 Tupong beratur seawal 7 pagi
Para pengundi DUN 6 Tupong beratur seawal 7pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/Sib7GwCbHv
— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 17, 2021
Pengawal keselamatan memasang pengimbas Kod QR di pintu masuk di SK Petra Jaya
Pengawal keselamatan memasang pengimbas Kod QR & memantau pintu masuk di Sekolah Kebangsaan Petra Jaya bagi pusat mengundi undi DUN N6 Tupong. Para pengamal media hanya dibenarkan masuk bermula 7.30pagi. #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/ViaSj1QlH7
— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 17, 2021
Abdul Hadi Abdul Kadir pengundi pertama di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok
7.15 am: En Abdul Hadi Abdul Kadir, 61, tiba di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok sekitar 7.10 pagi; dan mahu menjadi orang pertama yg menunaikan tanggungjawab di sini #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/eCHHHUO6Ag
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 17, 2021
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan dari Kompleks Sukan Satok, Kuching
7.10 am: Selamat pagi dan selamat mengundi kepada rakyat Sarawak #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/3IeL4Nvx7b
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 17, 2021
Wartawan Syafik Shukri melaporkan dari SJK (C) Hock Lam, Kapit
Salam selamat pagi, kami sudah tiba di lokasi pertama di SJK (C) Hock Lam, Kapit untuk #SarawakMemilih teruskan bersama saya dan rakan-rakan sepanjang hari ini untuk liputan menyeluruh #PRNSarawak @501Awani pic.twitter.com/1kIxREkR2l
— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 17, 2021
Wartawan Assim Hassan melaporkan dari SK Petra Jaya, Kuching
Selamat pagi rakyat bumi kenyalang. Hari bermakna buat lebih 1.25 juta pengundi berdaftar Sarawak akan menunaikan tanggungjawab hari ini. #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/BLb4RALThr
— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 17, 2021
Engga Unchat tarik diri, beri sokongan pada calon GPS di Dudong
Kurang lapan jam pengundian untuk Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak bermula, seorang lagi calon, Engga Unchat mengumumkan menarik diri daripada bertanding.
Calon Bebas itu dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat malam telah mengumumkan keputusan menarik diri itu beserta gambar surat penarikan diri yang dikatakan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BERITA PENUH DI SINI
"Kami akan setia bersama GPS, banyak perubahan kami nikmati" - Masyarakat Cina Kapit
Gabungan Parti Sarawak tetap jadi pilihan masyarakat Cina di sini bagi mewakili suara mereka pada PRN pada Sabtu .
Menerusi tinjauan Astro AWANI sebelum hari kemuncaknya esok, rata-rata yang ditemui berpuas hati dengan pembangunan yang telah dibawa oleh GPS selama ini.
BERITA PENUH DI SINI
Dana Kekayaan Berdaulat demi generasi masa depan - Abang Jo
Cadangan mewujudkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi memacu kestabilan ekonomi selain memperkukuhkan kedudukan kewangan Sarawak demi masa depan generasi akan datang.
Ia juga satu langkah persediaan sekiranya Sarawak kehabisan sumber petroleum satu hari nanti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Peta interaktif dan keputusan tidak rasmi dan rasmi, "game changer" PRN Sarawak di platform Digital dan Saluran 501 Astro AWANI
Parti politik mana bakal memenangi PRN Sarawak edisi ke-12 ini?
Pengguna platform Digital Astro AWANI dan penonton setia Astro AWANI boleh mengikuti laporan komprehensif parti-parti politik dan aspirasi rakyat Bumi Kenyalang ini di platform ini.
Semua keputusan rasmi dan tidak rasmi boleh dan perjalanan PRN pada Sabtu boleh juga didapati secara telus dan cepat di portal ini.
Jika tempat anda dilanda hujan ketika musim tengkujuh ini, ikuti siaran langsung di aplikasi Astro GO!.
1,866 pusat mengundi dibuka; 46,565 petugas SPR bertugas
Sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran akan dibuka untuk pengundian pada PRN Sarawak ke-12 pada Sabtu.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata seramai 46,565 petugas akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian yang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.
BERITA PENUH DI SINI
PRN Sarawak bakal beri tekanan PRU15 diadakan lebih awal - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dilihat menjadi indikator penting yang bakal memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lebih awal.
Penganalisis yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Musi berkata, indikator itu sudah dilihat di PRN Melaka baru-baru ini dan barangkali Sarawak menjadi final frontier kepada penyandang.
BERITA PENUH DI SINI.