Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiada dalam senarai calon yang akan bertanding dalam PRN Sabah.

"Saya tidak ada perbincangan mengenai itu (pulang ke Sungai Manila)," kata Bung Moktar.

"Nama beliau juga tiada dalam senarai calon (Barisan Nasional) yang akan diumumkan esok (Khamis)," katanya.

BN dijangka akan mengumumkan senarai nama calon PRN Sabah kira-kira pukul 10 pagi Khamis.

Sementara itu, Musa yang juga bekas Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah seolah-olah memberi bayangan akan bertanding di kerusi Sungai Manila, Libaran dalam PRN pada 26 September depan.

Tindakan itu sekali gus menimbulkan tanda tanda tanya adakah beliau akan berpindah kerusi dalam PRN Sabah hujung bulan ini.

"I’m going back to Sungai Manila," jelas Musa di akaun Facebook peribadinya pada Rabu.

Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=3619466178087362&id=118554321511916"><

Sungai Manila merupakan salah satu daripada 13 kerusi baru yang bakal dipertandingkan pada PRN Sabah ke-16.

Ia terletak di bawah Parlimen Libaran, yang dimenangi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti 678 undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

Dalam PRU14, Musa berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga selepas menewaskan dua lagi pencabarnya, Asmara Abdul Rahman, 63 daripada Warisan dan dan Osman Enting, 75 yang mewakili PKS.

BACA: PRN Sabah: STAR keluar PN jika tak diberi 18 kerusi - Jeffrey Kitingan

B
ACA: Sabah Memilih: 12 September, hari penamaan calon PRN Sabah