MOSCOW: Presiden Paraguay, Santiago Pena, yang menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Brazil, dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami sakit dada, lapor agensi berita Rusia Ria Novosti memetik Paraguay akhbar Ultima Hora.

Pena dihantar ke hospital di Rio de Janeiro dengan ambulans terus dari Muzium Seni Moden di bandar itu, tempat mesyuarat pemimpin G20 diadakan, kata akhbar itu, sambil menambah pasukan perubatan yang memeriksa presiden mendapati beliau mengalami anomali.

Naib Presiden Paraguay, Pedro Alliana berkata, beliau telah bercakap dengan Pena.

"Bercakap dengan Presiden Santiago Pena, yang kini berada di Hospital Samaria di Rio de Janeiro selepas mengalami ketidakselesaan ringan. Beliau dalam keadaan baik," menurut Alliana di platform X.

Presiden sedang menunggu keputusan analisis perubatan, tambahnya. - BERNAMA -SPUTNIK/RIA NOVOSTI