KUALA LUMPUR: Kerjasama yang terbentuk antara Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bakal memberikan pilihan baharu kepada pengundi di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri 12 Ogos nanti.
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan menjelaskan, kerjasama yang dibentuk antara kedua-dua parti merupakan peluang yang baik untuk partinya.
PSM jelas Arutchelvan, sudah sekian lama mencari rakan kerjasama politik yang mempunyai hala tuju yang hampir sama.
"Saya harap kita (PSM dan MUDA) membawa satu politik yang tidak toksik, kita membawa satu politik baru yang progresif.
"Untuk rakyat yang bosan nak protes, jangan protes, ada parti yang ada boleh mengundi kali ini," katanya pada sidang media mengumumkan kerjasama kedua-dua parti.
Bagi setiausaha agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi biarpun PSM sering tewas dalam Pilihan Raya Umum, namun parti itu sudah banyak memperjuangkan nasib rakyat.
"Ada yang sebut pelbagai tohmahan kepada rakan-rakan kita dalam PSM, ada yang kata mereka tidak menang dan sebagainya.
"Tetapi realitinya banyak pekerja-pekerja yang telah dibela oleh rakan-rakan PSM, banyak tanah-tanah yang tidak diberikan kepada peneroka bandar yang telah pun berjaya diperjuangkan oleh rakan-rakan PSM.
"Kalau kita nak kira kejayaan-kejayaan yang telah pun dilaksanakan khususnya oleh rakan-rakan PSM, tidak terkira banyaknya kalau kita hanya nak bezakan dengan keputusan-keputusan pilihan raya," katanya.
Amir Hariri menjelaskan, kerjasama antara PSM dan MUDA ini diharapkan dapat memberi kebaikan kedua-dua parti dan diteruskan selepas PRN.
Beliau juga memberitahu kerjasama yang dibentuk antara kedua-dua parti adalah berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara.
PSM dan MUDA juga sudah bersetuju untuk tidak bertembung dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi.
Astro Awani
Sat Jul 15 2023

PSM jelas Arutchelvan, sudah sekian lama mencari rakan kerjasama politik yang mempunyai halatuju yang hampir sama. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.

PSM terima tawaran ASTAF
Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersetuju menerima tawaran ASTAF untuk bergelar tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.

PSM sedia pertimbang tawaran ASTAF jadi tuan rumah Piala Asia
PSM sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
ASTAF menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.

Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.

PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak, PSM buat siasatan dalaman
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak.