KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bersetuju menerima tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk bergelar tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang bakal diperkenalkan buat julung kali.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata tawaran penganjuran kejohanan itu bagaimanapun, perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana sebelum langkah seterusnya dapat dilaksanakan.
"Banyak faktor dan sudut dibincangkan dan pada dasarnya, kita bersetuju cuma ada beberapa perkara perlu dihalusi.
"Antaranya dana serta takwim kerana tahun depan dijangka penuh dengan kejohanan besar termasuk Sukan SEA Bangkok, Piala Tun Ali, Liga Sepak Takraw (STL) dan mungkin kejohanan lain," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi badan induk sukan itu semalam.
Mohd Sumali berkata pihaknya akan membuat perbincangan lanjut bersama ASTAF dalam menentukan tarikh kejohanan itu sedia untuk dianjurkan tahun hadapan dengan mengambil kira pandangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), selain Pesuruhjaya Sukan (PJS).
"Kita akan putuskan nanti sama ada Piala Asia ini akan diteruskan atau beri laluan pada kejohanan lain terlebih dahulu," katanya.
Badan induk itu juga optimis bahawa tempoh masa mencukupi dalam soal mencari dana agar dapat memastikan kejohanan itu dijayakan pada tahun hadapan.
Sebelum ini, Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader menerusi kenyataan memberitahu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi ASTAF sebulat suara bersetuju melantik Malaysia selaku tuan rumah kejohanan berkenaan.
Faktor utama Malaysia diberi kepercayaan dan ditawarkan hak penganjuran Piala Asia 2025 adalah bersandarkan pada 10 asas kukuh dan praktikal, antaranya kejayaan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia dengan cemerlang pada 16 - 26 Mei lepas.
Dalam pada itu, Mesyuarat Agung Tahunan PSM turut menyaksikan skuad takraw negara menerima insentif khas berjumlah RM170,000 yang dijanjikan MSN susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bulan lepas.
Sebelum ini, MSN meluluskan pemberian insentif berjumlah RM60,000 masing-masing kepada pasukan regu dan double berikutan kejayaan muncul juara, manakala regu berpasukan yang bergelar naib juara pula menerima RM50,000.
Cek disampaikan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

Mohd Sumali berkata pihaknya akan membuat perbincangan lanjut bersama ASTAF dalam menentukan tarikh kejohanan itu sedia untuk dianjurkan tahun hadapan dengan mengambil kira pandangan KBS, selain Pesuruhjaya Sukan. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.

PSM terima tawaran ASTAF
Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersetuju menerima tawaran ASTAF untuk bergelar tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.

PSM sedia pertimbang tawaran ASTAF jadi tuan rumah Piala Asia
PSM sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
ASTAF menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.

Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.

PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak, PSM buat siasatan dalaman
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak.