KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan bermula 15 Julai depan di Kedah.
Jelajah julung-julung kali yang menterjemahkan kesatuan antara kedua-dua gabungan itu kemudian akan diteruskan di Pulau Pinang pada 16 Julai 2023, Kelantan (23 Julai), Negeri Sembilan (27 Julai 2023) dan Terengganu (28 Julai 2023).
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai selepas Dewan Tertinggi BN selesai bermesyuarat pada Isnin malam.
Menurutnya, mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Sehubungan itu, adalah diharapkan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini dan seterusnya menyokong calon-calon Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Dalam mesyuarat itu juga tegas Zambry, BN mengarahkan persiapan dan memperkukuhkan semua jentera parti di setiap peringkat bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri.
“Dewan Tertinggi juga menghormati keputusan dan komitmen parti komponen BN bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi.
“Kerjasama di antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan diperkukuh dan dipertingkatkan,” ujarnya.
Zambry turut memaklumkan, Dewan Tertinggi BN komited mempertahankan prinsip yang termaktub di dalam Perlembagaan bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran dalam negara.
Astro Awani
Mon Jul 10 2023
Zambry memaklumkan, keputusan itu dicapai selepas Dewan Tertinggi BN selesai bermesyuarat pada Isnin malam. - Gambar fail/Bernama
Selebriti lelaki miliki ganja dituduh esok
Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Pestasi Won: Cecah paras terendah dalam 15 tahun
Won disebut pada 1,449.9 setiap dolar dalam dagangan dalam negeri setakat tengah hari, selepas membuka sesi pada 1,453.0 setiap dolar, 0.96% lebih rendah daripada hari sebelumnya dan paling lemah sejak 16 Mac 2009.
Dasar Trump: Pasaran saham Asia Tenggara tawar ‘perlindungan’ - Penganalisis
Pelan tarif sasaran pilihan presiden AS itu untuk China mungkin akan mempercepatkan peralihan dalam rantaian bekalan global dan pelaburan langsung asing yang mungkin memihak kepada rantau ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
SKM peruntuk RM580,000 bantu mangsa banjir di beberapa negeri
Kelantan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM200,000 memandangkan negeri itu mempunyai bilangan mangsa paling ramai yang terkesan akibat bencana banjir.
HSR: Saham MRCB susut ke paras terendah empat bulan
Berikutan penarikan diri MRCB, konsortium itu kini terdiri daripada IJM Construction, Berjaya Rail, KTMB, IJM Corp, dan rakan kongsi teknikal.
Perkhidmatan terbaik jadikan Malaysia peneraju sektor penerbangan
MAG memainkan peranan dalam menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan paling penting dunia.
Pendapatan Malaysia RM918.2 bilion 9 bulan pertama 2024
Bagaimanapun, pendapatan e-dagang pada suku ketiga 2024 mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 0.6 peratus kepada RM307.9 berbanding suku kedua.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.