KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili kerajaan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.


Ringkasan AI
  • Calon BN Ditetapkan: Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon Barisan Nasional (BN) untuk mewakili kerajaan dalam PRK Nenggiri.
  • Sokongan Penuh: Pimpinan BN dan Pakatan Harapan memberikan komitmen dan sokongan penuh kepada calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
  • Tarikh PRK: PRK Dun Nenggiri dijadualkan pada 17 Ogos, dengan penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal pada 13 Ogos.


Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat yang berlangsung pada 9 Julai lalu, yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut pimpinan tertinggi mewakili BN dan Pakatan Harapan.

Jelas beliau, pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu  calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

PRK Nenggiri dilaksanakan berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim gagal menghentikan proses PRK Nenggiri selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara dalam saman pemula yang difailkan.

PRK Dun Nenggiri dijadualkan 17 Ogos, dengan penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal dijadualkan pada 13 Ogos.