Beliau berkata perkara ini penting dalam memastikan segala proses PRU termasuk sepanjang tempoh berkempen berjalan lancar.
"Saya ingatkan kepada jentera dan penyokong pada hari penamaan calon (hari ini), kita perlu keluar beramai-ramai beri semangat sesama kita serta kerja kuat sewaktu kempen.
"Saya juga yakin penyokong parti lain akan berbuat perkara sama, saya harap sesama kita tidak perlu mengecilkan pihak lain dan menjalani proses demokrasi dengan matang dan tidak perlu gaduh-gaduh," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ditanya mengenai calon Menteri Besar PN sekiranya diberi mandat mentadbir Perak, Ahmad Faizal berkata gabungan itu tidak mahu mendahului keputusan PRU dan sebelum mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Penyandang kerusi Parlimen Tambun itu dijangka berdepan saingan sengit Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, selain Ketua UMNO Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah.
SPR menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon dan 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU15 manakala pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA