KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya menyokong dan menyambut baik semangat serta matlamat di sebalik cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan antilompat parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata perkara itu hasil daripada satu sesi libat urus berhubung cadangan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berkaitan antilompat parti yang diadakan antara PN dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 5 April lepas.
Sungguhpun begitu, Hamzah berkata bagi memastikan pindaan Perlembagaan tersebut dapat mencapai matlamatnya, definisi dan perincian yang lebih jelas perlu dipersetujui bersama terhadap frasa 'lompat' dalam apa juga instrumen perundangan yang akan diperkenalkan kerajaan kelak.
Menurut Hamzah pada 6 April lepas, Jemaah Menteri bersetuju Perkara 10(3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu bagi memberikan ruang kepada Ahli Dewan Rakyat menggubal akta khusus berkaitan antilompat parti dengan lebih teratur, terperinci dan boleh diterima semua pihak.
"Perikatan Nasional mengambil maklum kesediaan pihak kerajaan untuk membentangkan usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu dalam sidang khas yang akan berlangsung pada 11 April 2022. Keputusan itu adalah satu keputusan kerajaan yang berhemah dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu hari ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan memaklumkan gabungan itu akan menyokong Pindaan Perlembagaan bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin ini selain memaklumkan syarat utama ialah draf Rang Undang-undang Anti Lompat Parti perlu disegerakan.
Media sebelum ini melaporkan Wan Junaidi berkata Rang Undang-Undang itu tidak akan dibentang pada Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin ini.
Bagaimanapun Wan Junaidi dalam kenyataan bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata sidang khas itu diteruskan untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.
RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan, pada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
Hamzah berkata, definisi dan perincian yang lebih jelas perlu dipersetujui bersama terhadap frasa 'lompat' dalam apa juga instrumen perundangan yang akan diperkenalkan kerajaan kelak. - Gambar fail
Pelarasan gaji, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Pelabur asing kembali, catat belian bersih RM299.6 juta
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia berikutan jualan besar-besaran pada minggu lepas dan mencatat pembelian bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM299.6 juta.
Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
Perdagangan meningkat 18.3 peratus pada Julai
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Julai 2024, meningkat 18.3 peratus, kadar terpantas dalam tempoh 21 bulan. Menurut perangkaan terkini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dari segi nilai, ia berjumlah RM255.88 bilion, nilai perdagangan tertinggi direkodkan sejak Oktober 2022.
MITI sasar tarik pelaburan RM300 bilion menjelang 2030
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau (GIS).
5.9 peratus jauh baik daripada kebanyakan negara Asia - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pencapaian yang memberangsangkan itu dicapai hasil kesepakatan semua termasuk Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak swasta serta rakyat.
Kerajaan lancar PuTERA35, angkat martabat Bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras sejajar dengan Ekonomi Madani iaitu pertama, memperkukuh pasak ekonomi negara; memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi; serta menegakkan keadilan sosial.
Sasar warga China, Thailand, sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen 'online' tumpas
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan.
Pelanggaran kapal, China dan Filipina saling tuding jari
Filipina dan China menuding jari antara satu sama lain dalam kejadian rempuhan kapal yang berlaku di kawasan yang dipertikaian di Laut China Selatan yang berlaku pada awal Isnin.
PRK Nenggiri: Calon BN, Pas 'bersua muka' di pusat mengundi
Mohd Azmawi Fikri bersama isteri tiba di pusat mengundi pada 8.30 pagi, diikuti Mohd Rizwadi Ismail dan isteri, 10 minit kemudian.
PRK Nenggiri: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Cuaca di kesemua pusat mengundi cerah pagi ini dan dijangka berterusan sehingga kesemua lokasi ditutup secara berperingkat petang ini.
Pengundi DUN Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini
Tepat 8 pagi ini, sebanyak 20 pusat mengundi dengan 46 saluran dibuka untuk proses pengundian.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
PRK Nenggiri: "PN ada peluang menang, tapi jangan over-confident" - Muhyiddin
Muhyiddin optimis dengan kemenangan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail sekali gus mempertahankan kerusi DUN Nenggiri.
PRK DUN Mahkota: PN Johor serah tiga nama calon minggu ini
PN Johor telah menyenarai pendek tiga nama calon daripada gabungan itu untuk bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota.
PRK Nenggiri: Pilih wakil rakyat boleh jadi jambatan penghubung rakyat dengan kerajaan - Ahmad
DUN Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan Persekutuan supaya segala isu infrastruktur asas dapat diurus dengan lebih cekap.
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.
PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan
Barisan Nasional (BN) tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
PRK Nenggiri: PN tawar 'KHIDMAT' untuk pengundi
Perikatan Nasional lancar 'KHIDMAT', menggariskan tujuh teras utama dengan 46 tawaran sekiranya menang PRK DUN Nenggiri.