Tindakan pemimpin pembangkang yang menganggu gugat pentadbiran kerajaan Warisan termasuk isu-isu mahkamah dilihat satu penghalang kepada kelancaran usaha membangunkan negeri ini.
Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman mendakwa, perkara itu sudah pasti merencatkan pembangunan negeri, sekali gus memberi kesan kepada rakyat Sabah.
Justeru, katanya, tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu adalah tepat dalam memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan terbaik bagi mengemudi negeri ini.
"Walaupun kerajaan kita di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memimpin negeri ini dalam tempoh dua tahun sahaja, namun beberapa hak rakyat Sabah telah dapat kita kembalikan.
"Bagaimanapun, usaha itu terbantut apabila terdapat gangguan daripada pembangkang yang akhirnya merugikan rakyat," katanya.
Mohd Azis berkata demikian ketika ketika menghadiri program pemimpin bersama rakyat di Taman Kinabutan Ria, di sini, malam tadi.
Tambahnya, tindakan pemimpin pembangkang membandingkan pencapaian kerajaan Warisan yang baru berusia dua tahun disifatkan tidak berasas dan hanya bertujuan mahu mengelirukan rakyat.
Sebaliknya, tegas Mohd Azis, tempoh dua tahun itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemajuan dan pembangunan di negeri ini.
"Warisan dua tahun memerintah dan patut diberi peluang. Tidak boleh ia membandingkan pentadbiran parti ini hingga meletakkan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Azis yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri menyeru rakyat Sabah bijak membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.
Petrus Bernard
Sun Aug 23 2020
Mohd Azis menegaskan, tempoh dua tahun di bawah pentadbiran Mohd Shafie tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemajuan dan pembangunan di Sabah. - Astro AWANI
Hanya tinggal kenangan di Pacific Palisades
Kawasan kejiranan mewah yang didiami ramai selebriti Hollywood kini hanya tinggal kemusnahan akibat kebakaran hutan di Pacific Palisades. Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban manakala ribuan rumah dan kedai musnah dijilat api.
Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Utusan khas Asia Barat Trump bertemu Netanyahu
Utusan Timur Tengah Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, Steve Witkoff, bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
Pejabat Netanyahu menyatakan bahawa selepas pertemuan itu, beliau menghantar delegasi peringkat tinggi termasuk ketua Mossad ke Qatar.
Pejabat Netanyahu menyatakan bahawa selepas pertemuan itu, beliau menghantar delegasi peringkat tinggi termasuk ketua Mossad ke Qatar.
Persiapan mangsa banjir rai Tahun Baharu Cina serba sederhana
Musibah itu memberi kesan cukup mendalam kerana masa dan tenaga dihabiskan untuk membersihkan rumah serta membeli kelengkapan.
Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.
7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman
Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda'.
Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Utusan Asia Barat Trump bertemu Netanyahu
Steve Witkoff bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
Liga Pro Saudi: Al-Ittihad hilang cengkaman di puncak
Al-Ittihad berkelebihan dua mata di puncak sebelum dipintas Al-Hilal yang memperoleh kemenangan.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.