Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Naib
Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.
Beliau sekali gus menolak dakwaan calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa hanya anak orang Umno daripada keluarga berada sahaja dipilih memasuki UiTM berbanding anak keluarga bukan daripada parti itu.
UiTM, jelasnya, mengambil penuntut berdasarkan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ia tidak boleh membuat pilihan mengikut parti.
"Dakwaan (Dyana Sofya) tidak benar, tidak logik, tidak cerdik dan tidak matang," katanya kepada Bernama hari ini ketika dihubungi di London.
"Ada juga yang datang merayu tidak kira siapa (orang Umno atau bukan Umno), ramai anggota parti bukan Umno datang dengan nama-nama untuk diberi tempat dan ada juga pemimpin parti bukan Umno datang minta tolong calon-calon mereka.
Kita terima (rayuan) dan beri tempat berdasarkan merit dan syarat," katanya.
Dyana Sofya, yang juga bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM sebelum ini mendakwa universiti itu hanya mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada untuk melanjutkan pelajaran, berbanding penuntut miskin yang lebih layak bukan daripada keluarga anggota Umno.
Sahol Hamid menarik perhatian bahawa UiTM mempunyai program khas anak miskin tegar membabitkan 5,000 penuntut daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 dipilih mengikuti pengajian di universiti itu.
Beliau berkata statistik juga menunjukkan 65 peratus pengambilan penuntut UiTM terdiri daripada anak keluarga kurang berada.
Menurutnya lagi, hampir 70 peratus daripada alumni UiTM yang bilangannya hampir mencecah 600,000 datang dari luar bandar dan daripada keluarga tidak mewah.
Dalam pada itu, Sahol Hamid menegaskan tidak salah untuk mengaitkan UiTM dengan Umno kerana parti itulah yang telah memperkenalkan UiTM dan ia sehingga kini memberi sokongan berterusan dan menjaga kebajikan institusi itu.
"Mana-mana institusi sepatutnya bertuah untuk mendapat sokongan seumpama itu. UiTM berada pada kedudukannya kini kerana Umno dan tiada siapa boleh menafikan hakikat itu," katanya.
Naib Canselor itu menegaskan terdapat banyak institusi di Malaysia dan seluruh dunia yang dikaitkan dengan organisasi dan parti politik.
Bernama
Wed May 21 2014

Pelajar ke UiTM dipilih berdasarkan merit, syarat - Sahol Hamid

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini
Biasiswa itu meliputi yuran pengajian dan penginapan untuk keseluruhan tempoh pengajian di universiti berkenaan.

Kembalikan ubat yang tidak diguna elak pembaziran - Dr Hilmi
Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.

Bajet 2016: Nilai BB1M tidak dikurangkan - Idris Jusoh
Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2016.

Jerebu: Semua kuliah di UiTM Selangor pada Isnin ditangguhkan
Pengurusan Tertinggi UiTM mengumumkan penangguhan semua sesi kuliah pada Isnin, 5 Oktober di semua cawangan UiTM di Selangor, kata Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Pusat pengajian pergigian terbesar milik UiTM siap dibina
Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung.

Sahol Hamid bakal beri ceramah di Universiti Oxford
Naib Canselor UiTM Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar akan memberi ceramah di Universiti Oxford UK.

Pelajar ke UiTM dipilih berdasarkan merit, syarat - Sahol Hamid
Penuntut yang mengikuti pengajian di UiTM dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik.