GEORGE TOWN: Kumpulan Pendidikan UNITAR memperuntukkan RM1 juta biasiswa penuh kepada 20 pelajar golongan B40 yang layak di Pulau Pinang pada tahun ini bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan tinggi sekali gus mengubah nasib keluarga.
Naib Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata biasiswa itu meliputi yuran pengajian dan penginapan untuk keseluruhan tempoh pengajian di universiti berkenaan.
"Ini merupakan tahun kedua kami menawarkan biasiswa untuk pelajar golongan B40 di Pulau Pinang dan tahun lepas UNITAR memperuntukkan RM1 juta biasiswa penuh kepada 13 pelajar golongan sama di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan biasiswa berkenaan di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini semalam.
Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menyampaikan biasiswa tersebut dan turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan UNITAR P. Balachandran.
Sahol Hamid berkata pelajar terpilih mempunyai fleksibiliti mengikuti program konvensional atau dalam talian di mana-mana kampus UNITAR di seluruh negara bermula dari peringkat asasi atau diploma dengan peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Dalam pada itu Chow menzahirkan penghargaan kepada UNITAR kerana menyediakan peruntukan biasiswa kepada anak-anak Pulau Pinang yang akan menjadi pemangkin kejayaan akademik mereka.
"Ini selari dengan visi dan misi kerajaan negeri dalam memberikan pengiktirafan terhadap bakat serta potensi anak-anak Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Ahmad Fuzi (tiga kiri) menganugerahkan biasiswa UNITAR kepada pelajar, M Lohgacini, pada Majlis Penganugerahan Biasiswa UNITAR kepada pelajar golongan B40 di Seri Mutiara, George Town, 27 Jun 2024. --fotoBERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini
Biasiswa itu meliputi yuran pengajian dan penginapan untuk keseluruhan tempoh pengajian di universiti berkenaan.

UNITAR jadi IPTS pertama miliki pusat satelit MyFutureJobs
Pusat satelit itu memberi manfaat kepada pelajar dan siswazah, juga pencari kerja dalam kalangan masyarakat setempat.

UM berjaya mengatasi kedudukan universiti terkemuka Asia
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut menunjukkan peningkatan dan kini menyertai kelompok top 100 di kedudukan ke-99

"Impian saya tahun 2017 dipenuhi!" - Najwa Latif terima Ijazah
Najwa Latif, 22, telah berjaya bergelar graduan bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).