Universiti Malaya (UM) kini melonjak ke tangga ke 46 dalam senarai Ranking Universiti Asia yang dikeluarkan Times Higher Education (THE).
Ini merupakan kedudukan terbaik UM selepas menyertai 50 ranking teratas berbanding tahun lalu di kedudukan ke 59.
UM kini mengatasi institusi terkemuka seperti University of Macau, Kyushu University, National Chiao Tung University dan Qatar University.
Menurut pengarang ranking global THE, Phil Baty, lonjakan UM ini amat menggembirakan memandangkan Malaysia adalah antara negara Asia yang berpotensi paling besar dalam pendidikan tinggi yang disumbangkan oleh pertumbuhan pesatnya dalam produktiviti penyelidikan dan tahap pendapatan yang tinggi.
"Kini ia perlu meningkatkan mutu penyelidikannya untuk menyerlah dalam persaingan sengit di benua terbesar dunia tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Institusi utama Malaysia menunjukkan peningkatan dalam kesemua lima bidang yang diukur dalam menentukan ranking tersebut iaitu pengajaran, penyelidikan, sumbangan kertas kerja (kesan sitasi), pendapatan industri dan pandangan antarabangsa.
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut menunjukkan peningkatan dan kini menyertai kelompok top 100 di kedudukan ke-99 (naik dari 111-120).
Sementara itu, Universiti Teknologi Petronas berkongsi kedudukan ke-114 (naik dari 141-150). Walau bagaimana pun, kebanyakan universiti Malaysia yang berkedudukan lebih rendah telah menunjukkan penurunan.
Universiti-universiti Malaysia pada umumnya mempunyai pandangan antarabangsa yang kukuh dan mencapai tahap pendapatan industri yang agak tinggi.
Bidang yang paling lemah bagi negara ini adalah kesan sitasi tetapi bidang ini yang menunjukkan peningkatan pada tahun ini.
Malaysia turut mendapat mata untuk produktiviti penyelidikan.
Walau bagaimanapun, skor Malaysia untuk peratusan pelajar antarabangsa, nisbah pelajar-kakitangan dan pendapatan bagi setiap kakitangan kesemuanya menurun.
Trend utama bagi Ranking Universiti Asia THE tahun ini adalah peningkatan berterusan China.
Republik tersebut kini menduduki hampir satu per lima daripada tempat dalam ranking tersebut dan beberapa daripada institusinya telah menunjukkan peningkatan kukuh, terutama sekali Tsinghua University, yang kini menjadi institusi berkedudukan teratas negara tersebut buat kali pertama dalam sejarah enam tahun jadual tersebut.
National University of Singapore terus memegang kedudukan nombor satu keseluruhan selepas meningkatkan skornya dalam hampir kesemua bidang.
Tetapi banyak negara Asia yang merasakan bahang persaingan tersebut.
Hilal Azmi
Tue Feb 06 2018

Bahang persaingan antara universiti Asia disumbangkan oleh peningkatan berterusan China - Foto hiasan

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

UM berjaya mengatasi kedudukan universiti terkemuka Asia
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut menunjukkan peningkatan dan kini menyertai kelompok top 100 di kedudukan ke-99