KUALA LUMPUR: UMNO perlu mengambil kesempatan mengetengahkan semula Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, ia membuka mata rakyat bahawa hanya BN mampu mengurus negara serta memastikan kestabilan politik.
"Rakyat telah menyaksikan kegagalan 22 bulan pemerintahan PH. Kini, rakyat sedang melihat pula ketidakcekapan dan kelembapan PN menguruskan negara.
"Walaupun UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan PN, namun peranan UMNO sangat terpencil dan tidak dominan. Kita lebih duduk tunduk dari bangun menjadi induk. Ditambah pula dengan pendirian jelas, UMNO untuk tidak menyertai PN sejak awal dahulu.
"Sedar atau tidak, senario-senario ini sebenarnya memberikan UMNO kesempatan unik untuk mengetengahkan semula BN sebagai kerajaan pilihan rakyat. Sama ada dalam kalangan Melayu mahupun bukan Melayu," katanya.
Malah, jelas Mohamad, prestasi BN sebagai kerajaan selama lebih 60 tahun adalah jauh lebih baik dan berjaya, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.
Sebaliknya, katanya, kerjasama politik menerusi PH mahupun PN jelas tidak mampu menandingi formula BN yang dilaksanakan sebelum ini.
"Belum nampak sebarang petunjuk bahawa kerjasama politik seperti PH mahupun PN, mampu menterjemahkan formula BN yang kita laksanakan dulu.
"Jadi, rakyat sebenarnya boleh diyakinkan, bahawa BN harus dikembalikan segera untuk memerintah demi kemakmuran Malaysia," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini.
Fareez Azman
Sat Mar 27 2021
Mohamad bersama anggota Majlis Tertinggi UMNO pada acara perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, WTC KL hari ini. --fotoBERNAMA
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.