LAHAD DATU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan parti tempatan menyertai gabungan itu dan bersama-sama memajukan Sabah demi rakyat, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri itu berkata GRS sedia menerima parti politik tempatan kerana percakaran dalam politik tidak akan membawa kepada kebaikan malah boleh mengakibatkan pembangunan negeri terjejas.
Justeru, katanya, parti politik tempatan di Sabah tidak boleh hanya memikirkan kepentingan parti masing-masing sahaja kerana politik memerlukan gabungan dan kerjasama untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pembangunan untuk negeri Sabah.
"Cukup pengalaman lalu bagaimana kita dilayan dan banyak kerugian, saya yakin GRS akan memastikan tiada satu kaum tercicir pembangunan kerana semua orang Sabah itu adalah sama. Marilah kita memajukan sama-sama Sabah.
"Saya tidak terfikir jadi Ketua Menteri. Apabila pilihan raya negeri dipanggil kita ada kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN)...kerana kita bersatu akhirnya kita menang," katanya ketika berucap melancarkan GRS Parlimen Lahad Datu, di sini, hari ini.
Hajiji turut berharap pemimpin UMNO dan BN mahu meneruskan kerjasama bersama GRS demi kepentingan negeri dan rakyat Sabah.
GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama BN bagi mentadbir negeri ini.
Sementara itu, beliau berharap pengundi di Parlimen Lahad Datu menyokong kerajaan sedia ada demi kemajuan kawasan yang dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan.
"Di bawah kerajaan saya, selain daerah lain, Lahad Datu menjadi keutamaan untuk dimajukan menjadi daerah yang maju di pantai timur Sabah, potensinya cukup besar, pelbagai program kerajaan telah dirancang untuk daerah ini," katanya.
Mengenai soal keselamatan, Hajiji berkata beliau selalu menekankan tumpuan keselamatan di pantai timur Sabah dapat terus ditingkatkan daripada semasa ke semasa, malah telah menyuarakan keperluan di peringkat Persekutuan untuk meningkatkan aset keselamatan di pantai timur Sabah.
"Kita kena jaga isu keselamatan ini lebih rapi, ini penting kerana kita mahu rakyat rasa selamat, kita mahu tiada gangguan kepada perancangan program kerajaan terutama melibatkan pembangunan untuk rakyat di pantai timur Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan parti tempatan menyertai gabungan itu dan bersama-sama memajukan Sabah demi rakyat, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.