Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih daripada mampu untuk mengetuai Barisan Nasional menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata kemenangan besar dalam kedua-dua PRK itu membuktikan adalah salah dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya BN akan kalah di bawah kepimpinan Najib.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, berkata Kempen anti-Najib Tun Mahathir telah gagal dan pembangkang berpecah dan tidak keruan serta dilihat tidak berupaya untuk mentadbir sebuah kerajaan.
BACA: Rangkuman PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
BACA: PM ucap terima kasih atas kemenangan BN
BACA: Pengaruh Tun Mahathir tidak lagi signifikan dalam kalangan pengundi
"Rakyat mempercayai BN di bawah kepimpinan perdana menteri untuk menyediakan pembangunan ekonomi dan jaminan keselamatan," katanya.
Abdul Rahman berkata rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menentang sebarang cubaan untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Abdul Rahman berkata Tun Dr Mahathir harus menerima kehendak demokrasi rakyat, walaupun ia tidak selari dengan kepentingan peribadinya.
"Adalah lebih baik beliau bersara awal daripada terpaksa menanggung malu lagi," katanya.
Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar bagi BN dengan majoriti undi 6,969, mengalahkan Dr Najihatussalehah Ahmad daripada PAS (5,684 undi), Dr Ahmad Termizi Ramli daripadaAmanah (4,883) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54).
Mastura merupakan balu kepada Anggota Parlimen Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei.
Tan Sri Noriah Kasnon, yang merupakan MP Sungai Besar, turut terbunuh dalam insiden itu yang memerlukan PRK turut dadakan di Sungai Besar.
PRK itu dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191-undi. Beliau mengalahkan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah yang mendapat 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman (PAS) yang mendapat 6,902 undi.
Di KANGAR, Persatuan Veteran UMNO Perlis berkata kemenangan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar wajar menjadi panduan dan formula bagi BN dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum ke-14 kelak.
Pengerusinya, Datuk Selamat Saad berkata isu penting ialah calon yang bakal mewakili BN hendaklah berwibawa dan bersedia berkhidmat kepada rakyat.
"Selain itu ahli-ahli UMNO termasuk kepimpinan bahagian dan cawangan hendaklah menerima siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan tidak sekali-kali melakukan sabotaj," katanya.
Selamat yang juga Yang Dipertua Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perlis, memberitahu Bernama bahawa semangat setiakawan rakan-rakan komponen BN yang menyokong siapa sahaja menjadi calon tanpa mengira bangsa dan agama hendaklah dijadikan prinsip sepanjang masa.
"Saya yakin jika formula ini diamalkan dalam PRU ke-14 akan datang, BN akan dapat terus memerintah malah boleh merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang," kata Selamat.
Bernama
Mon Jun 20 2016
ABDUL RAHMAN: "Rakyat mempercayai BN di bawah kepimpinan perdana menteri untuk menyediakan pembangunan ekonomi dan jaminan keselamatan." - Gambar fail
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.