KUALA LUMPUR: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan mampu memberi nilai tambah kepada landskap politik Malaysia selain manfaat kepada rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, menurut presiden, kekuatan BN jika dicampur dengan kekuatan PH akan membuahkan satu formula yang baharu untuk negara ini dan rakyat Malaysia.
"Pada pandangan saya, nilai-nilai konservatif UMNO selama 70 tahun wujud di negara ini ditambah dengan nilai-nilai reformasi yang pragmatik dan progresif PH akan membolehkan Kerajaan Perpaduan memberikan tawaran nilai-nilai baharu kepada politik dan rakyat Malaysia," katanya.
Abdul Rahman berkata, perkara itu antara yang digariskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Taklimat Khas Presiden secara tertutup yang dihadirinya bersama 3,000 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata, kekuatan setiap individu yang mewakili parti masing-masing dalam Kerajaan Perpaduan akan memberikan tawaran terbaik sekali gus mengalahkan tawaran yang dibuat oleh parti lawan.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Ahmad Zahid menekankan supaya tidak lagi berlaku pengkhianatan dalam parti terbesar Melayu itu.
"Perkara yang presiden tekankan bahawa dia tidak mahu dalam parti UMNO ini berlaku pengkhianatan seperti menyokong parti-parti lain dan semua perwakilan juga telah menerima secara sebulat suara Kerajaan Perpaduan ini," kata Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula berkata, dalam taklimat itu, Ahmad Zahid menyatakan hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan, namun tidak akan lari daripada prinsip memperjuangkan agama, perlembagaan, membela nasib orang Melayu dan rakyat keseluruhannya.
"Tidak ada kompromi dalam perjuangan ini. Presiden juga menggariskan tentang beberapa kronologi sehingga mengapa UMNO buat keputusan untuk bekerjasama dengan (PH) (untuk bersama) Kerajaan Perpaduan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, taklimat itu turut menyentuh mengenai perpaduan dalam parti bagi menentukan hala tuju serta masa hadapan UMNO khususnya dalam menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.
"Dengan penyatuan dan hala tuju baharu yang akan diperkenalkan presiden selepas ini, kita boleh memperkukuhkan parti kembali untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berkata, taklimat khas itu telah menjawab persoalan dalam kalangan ahli berhubung isu semasa berkaitan parti terutamanya dalam konteks Kerajaan Perpaduan.
"Presiden membuat penjelasan dengan baik sekali kepada ahli-ahli tentang keadaan politik semasa termasuk komitmen sama ada di Sabah atau di tempat-tempat lain supaya UMNO terus diperkukuhkan dalam konteks suasana baharu Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini," katanya.
Seramai 2,822 perwakilan dan pemerhati hadir ke perhimpunan kali ini, sementara 1,117 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita; 1,146 Pemuda dan 1,113 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri yang akan dirasmikan secara serentak oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan malam ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menekankan supaya tidak lagi berlaku pengkhianatan dalam parti terbesar Melayu itu. - Gambar BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan Kedah disaran tubuh pasukan penilai, elak projek swasta terbengkalai - ADUN
Kerajaan Kedah disaran menubuhkan pasukan penilai untuk meneliti kemampuan setiap syarikat swasta yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengenang Tun Daim: Kerajaan rakam takziah - Fahmi
Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi
Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.