KOTA KINABALU: Keputusan pemimpin Bersatu Sabah untuk menumpukan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan keluar dari Bersatu dibuat demi kebaikan Sabah dan yang terbaik untuk Malaysia, kata Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun.
Masidi, yang juga bekas Timbalan Ketua Bersatu Sabah berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
"Ramai yang terlupa bahawa ramai rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza.
"Malah kerajaan perpaduan di bawah (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan contoh terbaik pembinaan sebuah pentadbiran yang merangkumi kepentingan keseluruhan rakyat Malaysia, dalam masa sama melindungi kedudukan Islam, Bumiputera, Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Nor yang juga bekas Ketua Bersatu Sabah beserta pemimpin Bersatu Sabah secara sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan parti itu, tetapi terus kekal di bawah GRS.
GRS, yang sebelum ini terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir Sabah.
Masidi berkata GRS akan menyokng mana-mana pemimpin atau gabungan yang mahu mengekalkan cara kehidupan Malaysia yang mempunyai tempat untuk semua dan sebab itulah gabungan itu sepenuh hatinya di belakang Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Kami hanyalah rakyat Sabah biasa yang mahu melindungi warisan kebudayaan dan sosial daripada dicampurkan dengan nilai bukan orang Sabah. Secara jujurnya kami rasa kami adalah rakyat Malaysia yang terbaik," katanya.
Di TAWAU, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata tindakan pemimpin Bersatu di Sabah itu dibuat, setelah meneliti sedalamnya situasi Bersatu Sabah yang tidak dapat dipertahankan di negeri ini.
"Keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo, kerana di peringkat Persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan.
"Kami yakin keputusan ini yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Permata Saudara Batu Tawau dan sambutan ulang tahun ke-10 Persatuan Mualaf Tawau hari ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu berkata menjadi komitmen Sabah untuk bersama Sarawak sebagai Blok Borneo, untuk menyuarakan aspirasi rakyat dan untuk melihat Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 akan dilaksanakan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022

Masidi berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.

Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.