KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, mampu memberikan kestabilan kepada parti itu berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemimpin berkenaan.
Penganalisis politik berpandangan, langkah itu meletakkan UMNO selangkah di hadapan berbanding pesaingnya, serta mengelak perpecahan dan konflik dalaman yang akan menyukarkan parti itu bergerak sebagai satu pasukan yang kuat.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata keputusan menjadikan Ismail Sabri sebagai poster boy, melenyapkan cakap-cakap bahawa Naib Presiden UMNO itu tidak akan menjadi calon perdana menteri pada PRU15.
Beliau berkata ini sekali gus menutup ruang untuk UMNO menerima serangan dari dalam dan luar parti.
"Dengan keputusan MT ini, ahli akar umbi dan semua peringkat kepimpinan perlu akur dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memenangi pilihan raya umum.
"Kewujudan kem-kem tertentu boleh melemahkan parti, dan memberi ruang parti politik lain mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.
Mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri pada PRU15.
Mesyuarat berkenaan turut membuat beberapa ketetapan lain iaitu, pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi, dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkannya mahupun cubaan untuk mengubah maksudnya kepada bentuk perundangan lain.
Ahmad Marthada berkata pemilihan Ismail Sabri amat tepat, kerana mempunyai pengalaman mentadbir negara sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos tahun lepas, sekali gus mampu meneruskan kesinambungan pentadbirannya.
Tambahnya selain berjaya mewujudkan kestabilan politik dengan pemeteraian memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), Ismail Sabri turut membawa Malaysia mengharungi pandemik COVID-19 sehingga negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik, yang menyaksikan kehidupan rakyat hampir kembali seperti biasa.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain pula berkata UMNO dan BN, mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya kerana telah mengemukakan calon perdana menteri lebih awal, berbanding pihak lain.
Beliau berpendapat pemilihan Ismail Sabri berbanding pemimpin lain dalam UMNO adalah rasional, memandangkan Ahli Parlimen Bera itu mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan.
"Ini juga bermakna UMNO mengutamakan kesinambungan, kerana Ismail Sabri merupakan perdana menteri pada masa ini dan sudah mempunyai pengalaman dalam kerajaan semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata keputusan menjadikan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' melenyapkan cakap-cakap bahawa Naib Presiden UMNO itu tidak akan menjadi calon perdana menteri pada PRU15. -Gambar fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Pasca PRU15: Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari
Ia merupakan mesej yang jelas bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PN untuk membentuk sebuah kerajaan.

Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 Sept ini.

Biar MT UMNO putuskan mahu berunding atau tidak dengan Pas - Ismail Sabri
Sesiapa sahaja boleh beri pandangan, akhirnya dari segi keputusan parti, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi, kata Ismail Sabri.

Kedudukan Ismail Sabri tidak tergugat dengan keputusan UMNO tidak teruskan MoU - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga kini Perdana Menteri masih terus mendapat sokongan daripada parti kerajaan campuran dan juga blok pembangkang.

Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan MT beri kestabilan kepada UMNO untuk berdepan PRU15 - Penganalisis
Ia juga menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemimpin berkenaan.

Calonkan Ismail Sabri sebagai PM pada PRU15 beri kelebihan kepada UMNO - Annuar Musa
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu kelebihan kepada parti.

MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

MT UMNO perlu segera adakan pemilihan - Peguam
Menurut seorang pegamal undang-undang, Rizal Abdullah dalam menjalankan fungsi sebagai caretaker, MT UMNO juga tidak boleh membuat sebarang keputusan yang mengubah dasar parti.

UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.