JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan beliau agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang baharu hanyalah sebagai pandangan dan lontaran idea beliau.
Menurutnya cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bercakap kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama komuniti Keluarga Malaysia di sebuah hotel di sini hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berharap perkara itu tidak menjadi isu polemik yang berpanjangan.
"Pada saya tidak perlu berpolemik yang panjang...itu hanya satu pandangan dan yang penting kita menyambut baik apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi...itu sebagai satu langkah ke hadapan yang proaktif dan baik yang membolehkan Perdana Menteri itu sendiri memantapkan lagi kedudukan parti itu sendiri dan kerajaan.
"Itu (cadangan) hanya pandangan saya sebagai Ahli Parlimen dan juga ketua bahagian...sama ada ia (pandangan ) boleh dilaksanakan atau tidak boleh ia berbalik kepada keputusan Majlis Tertinggi...yang penting apabila parti telah buat keputusan, kita ahli ahli hendaklah patuh kepada parti," katanya.
Semalam Annuar dilapor berkata sudah tiba masanya Ismail Sabri turut diberi amanah sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengarah Utama Jentera Pilihan Raya BN.
BACA: Annuar Musa berikan sebab mengapa Ismail Sabri perlu jadi Pengerusi Barisan Nasional
BACA: Selepas sah calon Perdana Menteri, Annuar Musa cadang Ismail Sabri jadi Pengerusi Barisan Nasional
Sebagai calon Perdana Menteri juga, beliau berkata Ismail Sabri perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa orde baharu politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti serta mampu memulihkan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pasca PRU15: Zahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO
Ahmad Zahid mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan.

Ketua-ketua Pemuda BN zahir sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri
Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Annuar Musa berikan sebab mengapa Ismail Sabri perlu jadi Pengerusi Barisan Nasional
Setelah dinamakan calon PM UMNO, perlu memikul tanggungjawab mencari 'the winning formula' untuk parti.

Selepas sah calon Perdana Menteri, Annuar Musa cadang Ismail Sabri jadi Pengerusi Barisan Nasional
Annuar Musa turut mencadangkan Ismail Sabri dipilih sebagai Pengarah Utama Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional.

PRN Johor: Calon BN perlu ambil kira pelbagai latar belakang - Zahid Hamidi
Senarai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dimuktamadkan selepas rundingan semua semua parti-parti komponen.

PRN Johor: Ahmad Zahid 'turun padang' tinjau persiapan BN negeri
Berkemungkinan besar BN Johor akan mengguna pakai formula di Melaka, iaitu lebih kurang 86 peratus muka baharu dan muda untuk pilihan raya kali ini.

Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

BN harap dua cadangan dibawa dalam penggulungan Menteri Kewangan - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) berharap dua perkara utama dicadangkan dapat diangkat Menteri Kewangan dalam penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada Khamis ini.

Jumlah MP sokong Perikatan Nasional lebih daripada asal - Zahid
Jumlah Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN), kini telah melebihi jumlah asal selepas yakin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.