Jumlah Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN), kini telah melebihi jumlah asal selepas yakin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.
Tanpa mendedahkan jumlah sokongan asal dan pertambahan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah besar itu mencukupi untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu seperti disahkan pada 29 Februari lalu, oleh Istana Negara.
"UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti diperkukuhkan, Muafakat Nasional (gandingan UMNO dan Pas) mesti diperkasa dan begitu juga dengan PN, kerana ujian di hadapan apabila Parlimen bersidang pada 18 Mei terlalu besar.
"PN wajib menguasai majoriti di Parlimen, bukan dengan jumlah Ahli Parlimen sedia ada sahaja, tetapi usaha mesti dilakukan untuk perkukuhkan PN dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyertai kerajaan, 'horse trading' sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan," katanya ketika berucap pada perasmian berkelompok persidangan UMNO cawangan-cawangan empat peringkat dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2020, di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.
Pada 1 Mac lepas, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pelantikan itu, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, PN perlu mengelakkan rasa telah cukup kuat dan selesa kerana dalam landskap politik ia baharu dan belum selamat, maka kesemua parti dalam PN wajib bersatu hati, fikiran serta tindakan.
Menurut Ahmad Zahid, beliau telah berbincang dengan Muhyiddin mengenai hala tuju PN dan katanya, kerajaan baharu mesti mempunyai 'road map' bagi menyatakan secara jelas dasar serta pelaksaan program kerajaan.
Pakej rangsangan ekonomi dan dasar-dasar baharu bagi menggantikan dasar yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini perlu diumumkan segera oleh PN.
Beliau berkata, rakyat khususnya umat Islam mahu beberapa isu antaranya Tabung Haji (TH) dan pengurusan Felda perlu dipulihkan pada kadar segera, selain bantuan-bantuan kepada rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi, mesti diusahakan secepat mungkin.
"Bantuan untuk rakyat mesti disusun dengan rapi dan disegerakan, supaya rakyat dapat merasa semula pelbagai pemberian bantuan sara hidup, nasib pelajar di universiti dan Institut Pengajian Tinggi perlu dibela sewajarnya, terutamanya bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 07 2020
Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional sudah cukup untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu. - Gambar BERNAMA
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Polis sahkan dua lelaki terbabit sumbah cat di KK Mart UM
Polis mengesahkan dua individu terbabit dalam insiden simbah cat di kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) yang terpalit kontroversi menjual sandwic 'ham & cheese'.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.