JOHOR BAHRU: Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya tidak tergugat dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak meneruskan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) selepas 31 Julai ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga kini Perdana Menteri masih terus mendapat sokongan daripada parti kerajaan campuran dan juga blok pembangkang.
"Saya nampak ada kebijaksanaannya apabila MoU ini tidak lagi disambung. Itu bukan bermakna pembangkang tidak boleh menyokong Perdana Menteri, sebaliknya Perdana Menteri tidak lagi terikat, dan beliau boleh mengambil tindakan yang memang menjadi tanggungjawab beliau, termasuklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, itu sebagai contoh.
"Jadi dengan tidak ada ikatan bertulis yang tidak membolehkan perkara itu (membubarkan Parlimen) dilakukan, ini adalah kebijaksanaan MT UMNO yang memberi lebih kebebasan kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menziarahi seniman veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahya di kediaman beliau di Jalan Rajawali, Larkin, di sini hari ini.
Selasa lepas, MT UMNO dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk tidak meneruskan MoU antara kerajaan dan PH selepas 31 Julai ini.
Sementara itu Annuar berkata apa yang penting ketika ini ialah semua pihak termasuk parti-parti politik perlu bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Kita perlu siap siaga.. parti masing-masing untuk PRU-15 dalam masa terdekat. Tidak ada lagi keraguan kerana kita dah masuk tahun kelima, ertinya dah sampai masanya PRU-15 diadakan.. soal bila, bulan berapa - kita serah kepada Perdana Menteri untuk memikirkan masa yang sesuai.
"Banyak faktor kena fikir, satu kesiapsiagaan parti pihak yang nak membubarkan, nak lepaskan kuasa... aspek keadaan rakyat, negara dan lain-lain, jadi gabungan faktor banyak yang perlu difikir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa melihat antara anugerah yang dimiliki oleh pelakon veteran Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali dengan 'Mat Sentul' di Larkin Jaya hari ini. - Foto BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.