KUALA LUMPUR: Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) semalam mahu Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk menerima parti itu sebagai satu daripada komponen gabungan berkenaan.
Presiden IPF Datuk T. Loganathan berkata sebagai Friends of BN, penerimaan sebagai anggota gabungan itu adalah suatu pengiktirafan kepada IPF, mengambil kira kesetiaan parti berkenaan terhadap BN selama hampir 30 tahun.
Loganathan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung IPF ke-30 semalam.
Sementara itu, antara resolusi yang diluluskan IPF pada perhimpunan agung berkenaan termasuk meminta kerajaan untuk meneruskan agenda pelan tindakan bagi kaum India seperti dirancang ketika kerajaan BN dahulu serta memperkasakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terutama di kawasan luar bandar.
IPF turut meminta diperuntukkan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selain turut memohon diberi jawatan di dalam kerajaan seperti Ahli Dewan Negara, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan di dalam syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.
Resolusi berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang mewakili Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BN kini dianggotai empat parti utama iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau menyokong hasrat IPF dan parti-parti yang menganggotai Friends of BN yang lain untuk menjadi parti komponen BN bagi memperkukuh gabungan itu pada pasca-Pilihan Raya Umum ke-15.
"Kita perlu membuat langkah yang berbeza untuk masa hadapan... pada saya setelah kita kalah dua kali dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, apa salah kita membuka pintu hati kita agar saling kuat antara satu sama lain untuk tujuan yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Ahmad Maslan (kiri) menyempurnakan Perasmian Perhimpunan Agung Parti IPF yang ke-30 di Wisma Tan Sri MG Pandithan, Seri Kembangan, 19 Feb 2023. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengundi India tidak boikot, survei tular hanya perang psikologi - Kumaresan
ADUN Batu Uban itu berkata ia hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pembangkang bagi menakutkan pengundi minoriti itu.

IPF mahu dipertimbang sebagai parti komponen BN
Loganathan berkata sebagai Friends of BN, penerimaan sebagai anggota gabungan itu adalah suatu pengiktirafan kepada IPF.

Pas terima sokongan parti berasaskan kaum India di Seri Setia
Kedua-dua parti itu mula turun padang bersama-sama Dr Halimah ketika berkempen selain memujuk anggota dan penyokong MIC dan IPF yang merupakan pengundi di DUN Seri Setia untuk mengundi calon PAS itu.

Jangan campur tangan masalah dalaman MIC, kata Subramaniam kepada komponen BN
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberi amaran kepada parti-parti politik lain yang mempertikaikan kepimpinan MIC supaya jangan campur tangan masalah dalaman parti itu.

Najib terus terima sokongan memimpin kerajaan
Pelbagai pihak hari ini terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terlalu banyak parti kaum India di Malaysia, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru parti - parti politik yang mewakili masyarakat India di negara ini agar bersatu supaya hak dan kebajikan mereka terus terbela.