Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mengingatkan pemimpin UMNO yang 'kurang senang' dengan pertubuhan itu untuk tidak memanipulasikan isu kehadiran Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ke majlis Deklarasi Rakyat.
Jelasnya, kehadiran Ibrahim yang turut dikenali sebagai Tok Him ke majlis tersebut hanya sebagai menghormati jemputan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat pertubuhan pejuang hal ehwal Melayu dan bumiputera itu.
"Beliau hadir atas kapasiti individu, bukan mewakili Perkasa.
"Malah Tok Him tidak pun turunkan tandatangan dalam deklarasi itu," maklumnya dalam satu sidang media di ibu pejabat Perkasa, di sini, hari ini.
Menurut Syed Hassan, tindakan Tok Him yang berkecuali daripada menyertai Deklarasi itu untuk mengelak berlaku konflik dalaman antara ahli pertubuhan kerana menyedari masih ada yang setia mendukung kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, kehadirannya bersama beberapa individu penting dalam Perkasa ke majlis yang turut dihadiri pemimpin pembangkang itu telah mewujudkan dua kem berbeza dalam pertubuhan itu, iaitu penyokong Dr Mahathir dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ekoran itu, ada ahli UMNO di dalam Perkasa yang berang dan bertindak mengadakan sidang media mengumumkan keluar Perkasa dan memotong kad keahlian pertubuhan tersebut.
Beliau juga mendakwa, terdapat aduan daripada pemimpin Perkasa peringkat parlimen mengatakan ada pemimpin UMNO meminta mereka membubarkan Perkasa di parlimen masing-masing.
"Saya nak ingatkan pemimpin-pemimpin UMNO tersebut, jangan cuba hendak menjolokkan sarang tebuan.
"Perkasa tidak rugi apa-apa kerana tidak bertanding dalam pilihan raya, yang bertanding nanti siapa?" ujarnya.
Katanya, tindakan itu hanya mencetuskan perbalahan antara Perkasa dengan UMNO, walhal sebelum ini Perkasa banyak membantu parti itu juga Barisan Nasional (BN) dalam memperkukuhkan sokongan dalam kalangan Bumiputera seterusnya membuahkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
Pada masa sama, Syed Hassan turut mengingatkan ahli Perkasa lain untuk tidak mengikut perasaan dan saling berbalas dendam.
"Saya ada terima panggilan daripada lebih kurang 27 Perkasa parlimen, memohon untuk membuat perkara sama, buat sidang media untuk umum keluar UMNO dan potong kad keahlian UMNO.
"Saya nasihatkan janganlah berbuat demikian kerana kalau betul nak keluar UMNO, buat elok-elok, hantar surat dan sebagainya," jelasnya.
Ahli juga diseru untuk kembali kepada asas perjuangan pertubuhan, iaitu mendukung isu mengenai hal ehwal Melayu dan Bumiputera, bukannya mana-mana pemimpin atau individu.
Pada 4 Mac lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR, memeterai deklarasi mahukan Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Israr Khalid
Tue Mar 15 2016

kehadiran Ibrahim yang turut dikenali sebagai Tok Him ke majlis tersebut hanya sebagai menghormati jemputan Tun Dr Mahathir Mohamad. - Astro AWANI / Shahir Omar

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.