Jika benar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, ia akan memberi peluang yang cerah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata seorang penganalisa politik.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini berkata bahawa DAP tidak takut berjuang bersendirian sekiranya perlu bagi mempertahankan prinsipnya.
Namun Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berpendapat nasib DAP masih bergantung kepada keutuhan Pakatan Rakyat.
“Mereka bukan gagah dengan sendirinya, tetapi bintang mereka bersinar dengan bantuan Pakatan Rakyat. DAP ada kekuatan tersendiri namun ia adalah limpahan kekuatan PKR dan PAS,” kata Jayum.
Beliau turut menganggap kenyataan Lim sebagai “kenyataan politik” kerana jika benar DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat, ia memerlukan pertimbangan yang besar.
“Kalau DAP keluar, ketiga-tiga parti (DAP, PKR, dan PAS) tidak ada harapan untuk mendapat tempat yang penting pada PRU ke-14.
“Mereka tidak akan berpecah kerana hal-hal kecil. Masing-masing tidak akan ke mana,” jelas beliau.
Sementara itu penganalisis Politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat DAP, dimana majoriti penyokongnya adalah dari kaum Cina, tidak akan ke mana tanpa sokongan parti-parti lain yang mempunyai sokongan daripada majoriti kaum lain.
“Mereka boleh bergerak sendiri namun tidak akan berjaya untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Azizuddin turut berkata bahawa agak sukar untuk PAS dan DAP bekerjasama kerana kedua-dua parti mempunyai agenda masing-masing.
“PAS sebelum ini mahu melaksanakan hukum Hudud. DAP pula mahu negara sekular. PKR pula menjadi orang tengah untuk kedua-dua parti ini.
“Secara realitinya ia agak sukar untuk bergabung. Mereka perlu mencari nilai-nilai yang boleh menyatukan semua. Kalau tidak, ia akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang,” katanya.
Penganalisis politik Prof James Chin pula berpendapat kenyataan Lim sebagai luahan kekecewaan terhadap kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ia ditujukan kepada Hadi dan bukan PAS secara keseluruhan. Beliau tahu Hadi mahukan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
James turut berkata bahawa tiada perubahan akan berlaku pada Pakatan Rakyat.
“Namun selagi Hadi memimpin PAS, tidak akan wujud rasa percaya di antara DAP, PKR dan PAS,” katanya lagi.
Sewaktu Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad, Lim berkata bahawa perkara paling penting menggerakkan Pakatan Rakyat adalah kewujudan ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.
“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen," kata beliau.
Syafique Shuib
Mon Nov 03 2014
Lim Guan Eng sebelum ini berkata bahawa DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip. -Gambar fail
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.