Beliau bagaimanapun menyifatkan penyebaran itu adalah fitnah, dan cuba merosakkan hubungannya dengan pemimpin DAP, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.
"Saya pasti bahawa ini adalah serangan politik kotor yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk melagakan kami di dalam DAP justeru cuba menjatuhkan reputasi kami bertiga," katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Ahad.
Sebelum itu, Young Syefura memaklumkan satu rakaman video telah tersebar melalui Facebook di bawah satu profil akaun Facebook.
Katanya, video tersebut memaparkan perbualan telefon didakwa antara beliau dengan Tengku Zulpuri berkaitan Yu Hui.
Jelasnya, ini adalah satu tindakan keterlaluan.
"Jadi satu laporan polis telah dibuat dan kita serahkan siasatan lanjut kepada pihak polis dan jika berlarutan saya akan teruskan dengan tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian