SHAH ALAM: Proses pengundian bagi Kerusi Parlimen Padang Serai untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan akan ditangguhkan ke tarikh yang lain.

Penganalisis Pilihan Raya, G Manimaran berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan buat keputusan berhubung tarikh baharu bagi melaksanakan proses pengundian.

Sementara itu, calon-calon yang sedia akan kekal dan layak untuk bertanding pada kerusi tersebut.

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya, meninggal dunia pada Rabu kerana serangan jantung.

Mendiang yang merupakan ahli PKR memenangi kerusi itu pada PRU 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong dari MCA dan Muhammad Sobri Osman dari Pas.


[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Zahid tidak akan jadi PM jika BN menang - Tok Mat

Karupaiya dijangka menentang C Sivaraaajh dari MIC dan tiga yang lain pada pengundian 19 November ini. - Sinar Harian