KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas Terengganu membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal yang didakwa berunsur fitnah terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Ketua Pemudanya, Mohd Harun Esa berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.30 petang pada Rabu.
Beliau berkata, ia susulan laporan artikel yang dimuat naik di sebuah portal pada 6 Mac lalu.
"Laporan ini cukup-cukup melampau, ia jauh menyimpang daripada apa yang diucapkan oleh Tuan Guru (Abdul Hadi) sendiri, Kami dapati tulisan ini berniat jahat serta mahu melaga-lagakan antara Tuan Guru dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di sini, pada petang Rabu.
Justeru, katanya, pihak terbabit digesa membuat permohonan maaf serta menarik balik artikel yang dikeluarkan itu.
Mohd Harun berkata, jika perbuatan pihak tersebut menyebabkan kesan tidak baik dan berpanjangan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.
"Kami gesa supaya artikel ini segera dipadamkan dan ditarik balik. Kemukakan permohonan maaf. Sekiranya tiada apa-apa tindakan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka," tegas beliau.
Ujarnya, artikel berkenaan didakwa bertujuan mengeruhkan hubungan baik antara kerajaan negeri, Presiden Pas dengan pihak istana.
"Apa yang berlaku pada hari ini melahirkan api untuk menyemarakkan lagi hubungan tidak baik dan bertujuan melaga-lagakan sehingga merebak kepada hubungan parti politik dengan pihak istana.
"Kita kesal kerana tohmahan dan provokasi ini termasuk isu Himpit 2023 yang apabila diolah secara tidak wajar oleh sesetengah pihak menyebabkan kita dianggap sebagai pengganas," ujar beliau.
Pada 2 Mac lalu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan kenyataan melarang semua pemimpin dan aktivis politik menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian.
Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, larangan itu dibuat setelah mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Jelas beliau, Sultan Mizan telah menzahirkan rasa dukacita dengan penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid tanpa kebenaran.
Isu tersebut turut mendapat maklum balas daripada Abdul Hadi yang mengakui akan meneruskan ceramah seperti biasa walaupun dilarang berbuat demikian.
Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, tindakan tersebut tidak menjadi satu kesalahan kerana larangan berkenaan sebelum ini telah dibuat dan katanya dalam Islam sendiri tidak memisahkan politik dan agama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 09 2023
Mohd Harun (kiri) membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu mengenai tulisan di sebuah portal yang didakwa berunsur fitnah terhadap Abdul Hadi. - Foto Sinar Harian
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi
Ia susulan aduan diterima pihak Kementerian Komunikasi serta MCMC tentang aktiviti berkempen secara tidak sihat dan menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif.
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF
Antara tuduhan adalah mendakwa beliau anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan meminjam wang IMF dan beliau mengikut tunjuk ajar Yahudi.
'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan
Kata-kata bapa Zayn Rayyan mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.