KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor hari ini membuat laporan polis berikutan hantaran kononnya berbaur hasutan dan memfitnah beliau di laman TikTok.
Ramli, yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata laporan dibuat di Balai Polis Sentul di sini selepas mendapati hantaran pemilik akaun @apong606 itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
"Kenyataan ini memalukan serta menjatuhkan maruah saya sebagai satu-satunya Ahli Parlimen mewakili masyarakat Orang Asli.
"Laporan polis dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu secara sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, selain Seksyen 505(C) dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Ramli berkata beliau juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membabitkan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menggunakan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi palsu.
RAMLI-FITNAH 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata hantaran itu dipercayai dibuat susulan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan tindakan Ramli melakukan sesi libat urus bagi cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Asli 1954.
Selain itu, Ramli juga mempertimbang untuk memfailkan saman sivil dengan tuntutan bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta, selain pemilik akaun itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka selepas siasatan selesai.
Beliau berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kenyataan berbaur fitnah dan hasutan itu.
Ramli turut mengingatkan orang ramai terutama masyarakat Orang Asli supaya tidak menyebarkan sebarang fitnah melalui platform media sosial masing-masing jika ia tidak tepat mahupun sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bekas presiden Filipina dipecat daripada jawatan Timbalan Speaker
Dewan Perwakilan Filipina melucutkan jawatan Timbalan Speaker yang dipegang oleh Gloria Macapagal-Arroyo, dengan bekas presiden Filipina itu kini hanya anggota biasa dewan.

Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen berbual ketika sesi bahas
Ramli membuat teguran itu selepas ada Ahli Parlimen dilihat berborak serta berbual menggunakan telefon bimbit yang disifatkannya tidak menghormati Ahli Parlimen lain.

ADUN Hulu Kinta diarah keluar dewan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.

UMNO calonkan Ramli Mohd Nor pula sebagai Timbalan Speaker
Menerusi perkongsian di Twitter Ahmad Maslan, parti itu bersetuju untuk memilih Ramli bagi memikul jawatan tersebut.

Beri jawatan Timbalan Speaker kepada pembangkang - Nazri
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang.

Bersatu Johor tolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Penolakan itu dibuat kerana mempertahankan pendirian parti itu yang tidak mendukung pemimpin integritinya diragui.

Perlu hentikan provokasi, RSN Rayer digantung sehari sahaja - Timbalan Speaker
Mohd Rashid meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Rayer supaya tidak mengulangi tindakan provokasi seperti itu.

PH calonkan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Cadangan itu sudah diserahkan kepada Parlimen mengikut kaedah yang ditetapkan peraturan mesyuarat.

Ahmad Maslan calon blok kerajaan untuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat - Nazri Aziz
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, nama Ahmad dicalonkan bagi menggantikan kekosongan yang ditimggalkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kerajaan minoriti tidak terkandung dalam Perlembagaan - Azalina
Azalina menegaskan bahawa tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada sebuah kerajaan minoriti.